Judul : Ramah mesra dengan orang kampung
link : Ramah mesra dengan orang kampung
Ramah mesra dengan orang kampung
Mereka sering terbang ke sana sini menjayakan undangan persembahan pentas di luar negara.
Oleh itu, seronok apabila sesekali kumpulan nasyid terkenal Raihan masuk kampung mendekati masyarakat di kawasan pedalaman.
Menerusi aktiviti yang dinamakan Raihan Masuk Kampung (RMK), anggota Raihan iaitu Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibrahim melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong membersihkan kubur, masjid serta mengadakan lawatan ke rumah orang tua dan orang kurang upaya (OKU).
Tidak ketinggalan, mereka turut mengadakan aktiviti pertandingan memasak, permainan sukaneka bersama kanak-kanak dan dewasa, bermain bola dengan berkain sarung serta mengadakan persembahan bagi menghiburkan orang kampung.
Che Am berkata, RMK adalah program yang diperkenalkan mereka sebagai salah satu khidmat sosial masyarakat.
CHE AM berkain sarung ketika bermain bola.
“Ia sebagai penghargaan atas sokongan peminat yang masih meminati Raihan dan tidak putus-putus mendoakan kejayaan kami sejak 1996.
“Peminat yang tinggal di kampung jarang dapat berjumpa Raihan secara berdepan dan program ini dibuat bagi membolehkan mereka menyertai aktiviti kemasyarakatan bersama kami,” katanya.
Program RMK sesi pertama berlangsung selama dua hari di Kampung Bukit Tandak, Rantau Panjang, Kelantan pada 3 dan 4 Februari lalu.
“Program ini kami rancang sendiri tanpa pembabitan mana-mana pihak lain. Sekiranya ada selepas ini, kami bercadang nak jadikan mereka penaja dan rakan kongsi gerak kerja.
“Syukur… kami gembira dengan sambutan masyarakat kampung dan lebih istimewa peminat Raihan terdiri daripada pelbagai peringkat usia.
“Mereka yang sebelum ini meminati Raihan meneruskan jariah Raihan dengan memperkenalkan kepada anak dan cucu mereka pula,” katanya.
The post Ramah mesra dengan orang kampung appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Ramah mesra dengan orang kampung
Anda sekarang membaca artikel Ramah mesra dengan orang kampung dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/02/ramah-mesra-dengan-orang-kampung.html