Pendedahan ‘siapa Sajat’ ambil masa lagi?

Pendedahan ‘siapa Sajat’ ambil masa lagi? - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pendedahan ‘siapa Sajat’ ambil masa lagi?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pendedahan ‘siapa Sajat’ ambil masa lagi?
link : Pendedahan ‘siapa Sajat’ ambil masa lagi?

Baca juga


Pendedahan ‘siapa Sajat’ ambil masa lagi?

Keputusan untuk mengetahui identiti sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman mungkin mengambil masa lebih lama apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendakwa telah ‘dihalang’ untuk meneruskan prosedur berkenaan.

Seperti di maklum sebelum ini, Jakim menjelaskan bahawa tempoh sebulan yang dijangkakan untuk mendedahkan identiti Sajat sebelum ini, mungkin akan dipanjangkan tempohnya apabila ada pihak ketiga cuba menghalang perkara itu.

Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, prosedur itu ‘dihalang’ oleh orang ketiga daripada pihak Sajat.

“Ada gangguan daripada pihak ketiga buat masa sekarang ini,” katanya memetik laporan MStar Online tanpa mendedahkan siapa individu tersebut.

Pada 19 Januari lalu, Mohd Izwan dalam satu kenyataan berkata, Jakim bersetuju beberapa proses perlu dilalui oleh Sajat untuk pengesahan identitinya secara rasmi, dan dijangkakan dalam tempoh sebulan paling minimum.

Ditanya bila prosedur tersebut ‘dihalang’ pihak ketiga, Mohd Izwan hanya berkata: “apa-apa kami akan maklumkan kemudian, tapi pada masa ini ada terhalang.”

Bagaimanapun, Mohd Izwan yang juga pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) Jakim berkata, pihaknya tetap komited meneruskan proses untuk mendapatkan pengesahan identiti sebenar usahawan itu bagi menjawab persoalan masyarakat.

“Kita akan cuba selagi upaya untuk memujuk Sajat meneruskan proses-proses itu. Kita berharap agar dapat diteruskan apa yang telah dipersetujui dalam pertemuan dulu,” katanya yang enggan mengulas lanjut, namun menjelaskan bahawa persetujuan yang dimaksudkan adalah mendapat kerjasama di pihak Sajat.

The post Pendedahan ‘siapa Sajat’ ambil masa lagi? appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Pendedahan ‘siapa Sajat’ ambil masa lagi?

Sekianlah artikel Pendedahan ‘siapa Sajat’ ambil masa lagi? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pendedahan ‘siapa Sajat’ ambil masa lagi? dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/02/pendedahan-siapa-sajat-ambil-masa-lagi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :