Judul : OneRepublic kembali beraksi di Malaysia
link : OneRepublic kembali beraksi di Malaysia
OneRepublic kembali beraksi di Malaysia
SELEPAS kali terakhir datang ke Malaysia pada 2013, kumpulan yang berasal dari Amerika Syarikat, OneRepublic bakal kembali ke sini lagi.
Kumpulan yang popular menerusi lagu Counting Stars akan mengubati kerinduan peminat menerusi konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018 anjuran WGW Entertainment.
Konsert ini merupakan sebahagian daripada rangka konsert bergerak OneRepublic di Asia.
OneRepublic yang dianggotai oleh Ryan Tedder (vokalis/penulis lirik), Zach Filkins (gitar/vokalis), Drew Brown (gitar), Brent Kutzle (bes/selo/vokalis) dan Eddie Fisher (dram) akan menemui peminat mereka pada 25 April depan.
Kehadiran OneRepublic selepas lima tahun mengadakan konsert di sini pasti menghiburkan para peminat yang sudah lama merindui untuk melihat aksi mereka secara langsung.
OneRepublic telah memenangi beberapa anugerah berprestij dan menerima pencalonan dalam Grammy Awards, American Music Awards dan Billboard Music Awards telah menghasilkan empat buat album dan terakhir adalah Oh My My yang diterbitkan pada Oktober 2016.
Maklumat lanjut tentang konsert kumpulan ini boleh diikuti di Facebook @WGW Entertainment.
The post OneRepublic kembali beraksi di Malaysia appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel OneRepublic kembali beraksi di Malaysia
Anda sekarang membaca artikel OneRepublic kembali beraksi di Malaysia dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/02/onerepublic-kembali-beraksi-di-malaysia.html