Judul : Nizam Laksamana diperlekeh
link : Nizam Laksamana diperlekeh
Nizam Laksamana diperlekeh
PENYANYI Nizam Laksamana meluahkan kekecewaannya dengan sikap segelintir penggiat industri yang seakan memperlekehkan usahanya mengeluarkan single terbaru berjudul Rajuk Kekasih.
Nizam, 52, berkata, sepatutnya rakan sesama industri menyokong usahanya tetapi mereka bersikap sebaliknya apabila mempersendakannya.
“Saya dengar pelbagai cerita kurang enak berkenaan perkara ini. Pelik kerana saya bukannya kacau rezeki mana-mana pihak dan melakukannya atas usaha sendiri.
“Saya akui saya bukanlah hebat tetapi sekurang-kurangnya saya memeriahkan industri dengan cara menghasilkan single setiap tahun bermula pada 2013,” katanya.
Bekas peserta Gegar Vaganza 2 yang popular dengan lagu Gugurnya Bunga Cinta ini mengakui, kesudian satu syarikat yang menaja singlenya mungkin menjadi faktor dia dicemburui.
“Diakui ramai pihak yang buka mata apabila syarikat ini sanggup keluarkan kos sepenuhhya untuk single ciptaan Lan Laga ini.
“Ini usaha saya sendiri dan mereka sepatutnya menjadikannya contoh dan bukannya irihati,” katanya kepada Harian Metro.
Nizam menambah, dia bersikap positif apabila sering memberikan sokongan terhadap rakan artis lain dengan menawarkan mereka peluang mengadakan persembahan.
“Kadangkala saya didatangi tawaran untuk buat beberapa persembahan serentak dan mengagihkannya kepada artis lain.
“Untuk apa bersikap tamak kerana industri kita kecil dan perlu bantu membantu sesama sendiri,” katanya.
Mengulas penerimaan terhadap Rajuk Kekasih, Nizam lega lagu yang tampil dengan muzik berkonsep rock 1990-an ini diterima baik oleh peminat.
“Alhamdulillah saya sendiri sudah berjaya menjual sebanyak 300 keping CD daripada jumlah cetakan 1000 keping.
“Ini membuktikan industri muzik kita masih bernafas. Lagu ini juga semakin kerap mendapat tempat di semua stesen radio seluruh negara, “katanya.
Paling menggembirakan, lagu ini juga sering diputarkan di Radio Brunei serta radio di Bengkalis, Riau.
“Saya pernah diundang ke sana sebelum ini dan insyaAllah akan bertandang buat persembahan lagi pada April ini.
The post Nizam Laksamana diperlekeh appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Nizam Laksamana diperlekeh
Anda sekarang membaca artikel Nizam Laksamana diperlekeh dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/02/nizam-laksamana-diperlekeh.html