Judul : Netizen berbalah kerana status Fasha Sandha
link : Netizen berbalah kerana status Fasha Sandha
Netizen berbalah kerana status Fasha Sandha
NIAT pelakon berbakat besar, Fasha Sandha berkongsi gambar dan cerita di laman Instagram (IG) peribadinya mengundang pergaduhan di kalangan pengikutnya.
Menerusi sekeping gambar bersama dua cahaya matanya Putra Rayfal, 3, dan Putri Raysha Jemeyma, 2, Fasha berkata, dia tidak memerlukan khidmat pengawal peribadi bagi menjaga keselamatan diri dan anak-anak ketika berada di luar rumah.
“Ramai kata, sempoi je kan you Fasha, takyah bodyguards. Hahaha, perlu ke bodyguards? Ini tentera kecik ni dah cukup untuk jadi bodyguards ibu.
“Allah Ada. Allah is the best protector. Teruskan berjalan, jangan takut, selagi kita baik dengan orang, insya-ALLAH, kita akan jalan dengan selamat,” tulisnya.
Bagaimanapun status yang mendapat lebih 50,000 tanda like dan 1,000 komen ini mencetus perbalahan di kalangan netizen dan peminat Fasha.
Ini kerana sesetengah netizen menyifatkan Fasha seolah-olah menyindir seseorang dan tidak move on dengan kehidupannya kini.
Malah ada juga yang mengaitkan drama lakonannya, Syurga Yang Kedua, dengan kehidupan bintang berusia 33 tahun ini.
Namun peminat Fasha pula meminta netizen tidak melihat komen tersebut dari sudut negatif dan hanya bercerita tentang apa yang pernah diperkatakan orang kepada pelakon Badang ini.
The post Netizen berbalah kerana status Fasha Sandha appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Netizen berbalah kerana status Fasha Sandha
Anda sekarang membaca artikel Netizen berbalah kerana status Fasha Sandha dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/02/netizen-berbalah-kerana-status-fasha.html