Nabila Razali luah rasa bimbang

Nabila Razali luah rasa bimbang - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nabila Razali luah rasa bimbang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nabila Razali luah rasa bimbang
link : Nabila Razali luah rasa bimbang

Baca juga


Nabila Razali luah rasa bimbang

POPULARITI mendadak yang dikecapi selepas pelancaran klip muzik video, Pematah Hati telah membuatkan penyanyi dan pelakon, Nabila Razali, bimbang.

Masakan tidak, selepas bekerja keras selama tiga tahun untuk melonjakkan nama di dalam industri, nama Nabila tiba-tiba hit apabila dikatakan bercinta dengan pelakon, Aedy Ashraf.

Namun kisah percintaan itu rupanya hanya gimik bagi pelancaran klip video lagu yang turut dikenali dengan judul Cumi Cumi itu.

“Sejujurnya memang saya bimbang kerana nama saya naik akibat kontroversi.

“Tidak dinafikan juga ada yang ingat saya kerana gimik tersebut tapi Alhamdulillah, kebanyakannya sudah lupa dan lebih fokus pada lagu saya,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Tambah Nabila, 26, dia berharap 2018 menjadi tahun yang lebih baik buatnya dan dia mahu bekerja keras bagi memastikan akan terus kekal di dalam industri.

“Bila orang dah kenal, saya tidak boleh bekerja sambil lewa. Saya juga kena pastikan vokal dan lakonan saya lebih baik dari sebelum ini.

“Jadi selain sibuk dengan karier, saya juga berazam untuk memperbaiki mutu vokal dan lakonan,” jelasnya.

Dan sebagai orang baru di dalam industri, dia juga menyimpan impian besar untuk menyaingi rakan seangkatan yang pernah berada di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) suatu hari nanti.

“Sebagai penyanyi, saya percaya, mana-mana penyanyi pun akan menyimpan impian untuk bertanding di pentas AJL.

“Begitu juga dengan saya. Kalau dapat sertai dalam masa terdekat bagi saya itu bonus. Tapi saya sedar diri saya dan jika tidak dapat sertai dalam masa terdekat, saya kira itu peluang untuk saya memperbaiki diri,” akhirinya.

The post Nabila Razali luah rasa bimbang appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Nabila Razali luah rasa bimbang

Sekianlah artikel Nabila Razali luah rasa bimbang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nabila Razali luah rasa bimbang dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/02/nabila-razali-luah-rasa-bimbang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :