Judul : Min Yasmin beri izin Julfekar kahwin lagi
link : Min Yasmin beri izin Julfekar kahwin lagi
Min Yasmin beri izin Julfekar kahwin lagi
Berbeza dengan wanita lain, penyanyi, Min Yasmin mengakui bersikap terbuka dalam isu poligami.
Bahkan, penyanyi berusia 29 tahun ini turut memberi keizinan kepada suaminya iaitu komposer terkenal, Julfekar untuk berkahwin lagi.
“Pada saya, dalam Islam sendiri dah membenarkannya (poligami), jadi siapa kita nak mempertikaikannya?
“Perempuan ini sensitif bila lelaki suka berselindung atau buat sesuatu di belakangnya.
“Jadi, lebih bagus saya cakap dengan abang (Julfekar), if u want, OK… Tapi, pilihlah yang elok dengan kriteria yang OK dan jangan ‘main sapu’ saja pula kan?,” katanya pada Sinar Harian ketika ditemui selepas pelancaran album solonya, Min Yasmin: Pangarap di The Manila Club Polo, Filipina, baru-baru ini.
Ketika ditanya tidakkah perasaan cemburu di dalam hatinya? Min menjawab:
“Cemburu? Mestilah ada, suami kita kan. Kalau tak, tak sayanglah suami kita.
“Tapi, dalam bidang hiburan ini, perempuan pun bukan kira, lelaki tu handsome ke tak, main bedal saja tapi benda ini rezeki dan jodoh,” katanya.
Tambahan pula, katanya, kebanyakan lelaki mempunyai sikap hampir sama, lagi dihalang lagi dibuat, apabila menyentuh soal ini.
“Saya sedar soal ini sangat sensitif terutama buat wanita tapi kita kena balik semula pada asas Islam itu sendiri.
“Jadi, mahu atau tak, wanita perlu lebih banyak bersabar dan reda,” katanya.
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Nurul Yasmin Abdul Aziz ini mengakui perlu bijak membahagikan masa di antara keluarga dan kerjaya seninya.
Tambahan pula, kerjaya seninya semakin meningkat naik di Filipina.
“Saya tetap menjalankan tugas sebagai isteri walau berada di mana pun.
“Lagipun, tak susah nak jaga abang Julfekar kerana dia mudah diurus dan diatur. Dia tak cerewet dalam bab makan, simple tapi mesti kena dengan cita rasanya,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, kunci utama dalam sesebuah rumah tangga adalah persefahaman dan bertolak ansur.
“Lagi satu, saya perlu balance antara kerjaya nyanyian dan tanggungjawab sebagai isteri,” katanya.
Pada masa sama, Min turut meluahkan perasaan kecil hatinya apabila ada yang mendakwanya tidak mahu cahaya mata.
“Saya terasa bila ada yang kata saya tak nak anak kerana sibuk bekerja. Siapa yang tak nak anak?
“Lagipun, tujuan kita kahwin adalah untuk memanjangkan keturunan kita.
“Alhamdulillah, mujurlah keluarga sangat memahami,” katanya.
Min yang sudah empat tahun mendirikan rumah tangga bagaimanapun menyerahkan soal tersebut pada takdir ALLAH SWT.
“Sebenarnya, saya terpulang kepada rezeki Tuhan, kalau ada, saya terima, kalau tiada saya fokus pada kerja dulu.
“Lagipun, abang pun dah ada empat anak dan empat cucu. Jadi, buat masa ini, dapatlah saya menumpang kasih kepada mereka,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Min baru sahaja melancarkan album solonya, Min Yasmin: Pangarap yang memuatkan 14 lagu dalam lima bahasa berlainan iaitu Tagalog, Tausug, Sama, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
The post Min Yasmin beri izin Julfekar kahwin lagi appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Min Yasmin beri izin Julfekar kahwin lagi
Anda sekarang membaca artikel Min Yasmin beri izin Julfekar kahwin lagi dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/02/min-yasmin-beri-izin-julfekar-kahwin.html