Judul : Lebih Baik Diam Daripada Beri Komen Negatif
link : Lebih Baik Diam Daripada Beri Komen Negatif
Lebih Baik Diam Daripada Beri Komen Negatif
Selepas sah bergelar suami isteri, pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura sering mempamerkan kemesraan baik di khalayak ramai mahupun melalui perkongsian pada laman sosial.
Walaupun menerima banyak pujian namun ada segelintir pihak yang kurang sekaligus mengecam setiap kali pasangan sama cantik dan sama padan ini menunjukkan sisi romantik mereka.
Memetik laporan BH online, Fattah mengaku terkilan dengan mentaliti segelintir pihak yang cenderung meninggalkan komen negatif hanya disebabkan meluat melihat kemesraan dia dan isterinya.
“Saya tidak faham dengan sesetengah pihak yang menghina dan mengutuk tapi masih mahu melihat gambar atau video kami. Mudah saja sebenarnya, jika tidak suka, mengapa membazirkan masa untuk tengok?
“Seperti yang sering saya tegaskan sebelum ini, berdoalah dan cakap saja yang baik-baik.
“Atau lebih baik berdiam diri daripada terus meninggalkan komen yang mampu mengguris hati mana-mana pihak,” katanya.
Tidak cukup itu, Fattah turut menjadi mangsa persepsi negatif yang mendakwa kariernya semakin ‘suram’ selepas mendirikan rumah tangga.
“Ini saya tidak dapat komen… Bagi saya, semua ini terletak pada ketentuan Allah.
“Rezeki terbahagi kepada pelbagai cara, mungkin ia diberi dalam cabang berbeza,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Fattah kini mengusahakan produk makanan gantian, MRP Diet By Fattah Amin yang mula dipasarkan sejak enam bulan lalu.
The post Lebih Baik Diam Daripada Beri Komen Negatif appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Lebih Baik Diam Daripada Beri Komen Negatif
Anda sekarang membaca artikel Lebih Baik Diam Daripada Beri Komen Negatif dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/02/lebih-baik-diam-daripada-beri-komen.html