Hidap kanser, Adzrin Azhar tetap positif

Hidap kanser, Adzrin Azhar tetap positif - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hidap kanser, Adzrin Azhar tetap positif, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hidap kanser, Adzrin Azhar tetap positif
link : Hidap kanser, Adzrin Azhar tetap positif

Baca juga


Hidap kanser, Adzrin Azhar tetap positif

LAMA menyepikan diri dari dunia seni, penyanyi Adzrin Adzhar, 33, tiba-tiba mengejutkan

peminatnya apabila mendedahkan dia kini sedang menghidap kanser ovari tahap dua.

Menurut penyanyi yang dikenali menerusi lagu Pujaan Malaya itu, penyakit tersebut telah disahkan doktor sejak lebih tiga tahun lalu.

“Saya reda dan pasrah dengan ketentuan Allah. Sejujurnya saya terkejut apabila disahkan menghidap kanser ini, namun apa kuasa dan daya saya untuk melawan takdir Allah.

“Meski orang kata, penyakit kanser ini peluang untuk sembuh tipis, tetapi saya tetap berfikiran positif. Saya hanya menjalani kehidupan seperti biasa dan mengikut jadual rawatan yang sudah ditetapkan,” katanya kepada sebuah akhbar.

Dalam masa yang sama, Adzrin yang kini merupakan pensyarah di Kolej Vokasional Gombak sentiasa memastikan dirinya bebas daripada tekanan terutamanya dari segi emosi agar dapat menjalani kehidupan yang lebih ceria.

“Saya bukan saja berjuang untuk melawan sakit, tetapi perlu menghindarkan diri daripada sebarang tekanan. Tidak dinafikan ada ketika emosi terganggu, jadi saya perlu pandai kawal.

“Disebabkan itu, pesakit kanser seperti saya sangat memerlukan sokongan moral semua pihak. Macam saya, walaupun berasa sakit tetap perlu ceria. Saya tidak mahu sakit ini mengganggu kehidupan seharian,” katanya yang juga ibu  kepada sepasang anak kembar, Hana Jasmin dan Hana Dahlia, 1 tahun.

The post Hidap kanser, Adzrin Azhar tetap positif appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Hidap kanser, Adzrin Azhar tetap positif

Sekianlah artikel Hidap kanser, Adzrin Azhar tetap positif kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hidap kanser, Adzrin Azhar tetap positif dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/02/hidap-kanser-adzrin-azhar-tetap-positif.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :