Judul : Hafiz Suip dedah wajah anak
link : Hafiz Suip dedah wajah anak
Hafiz Suip dedah wajah anak
MENEPATI janji, penyanyi popular, Hafiz Suip akhirnya mendedahkan wajah bayi sulungnya, Muhammad Riyadh Zafri di laman Instagram (IG).
Bayi yang dilahirkan pada 31 Disember 2017 itu kini sudah pun berusia 46 hari.
“Assalamualaikum, salam subuh dan selamat pagi kepada semua yang saya hormati sekalian.
“FII AMANILLAH…bersyukur ke hadrat Illahi atas kurnianya cahaya mata saya yang memberi makna dalam kehidupan saya isteri dan sekeluarga.
“Alhamdulillah, pada hari ini tamat sudah pantang isteri saya dan saya ingin berkongsi sedikit kegembiraan yang kami rasai untuk semua,” tulisnya sambil disertai #HafizEffy #HafizEffyJR #mybabyRZ #46daysoldtoday #throwbackwhenhewas22daysold #forevermine.
Terdahulu, penyanyi berusia 28 tahun ini mengakui belum bersedia mendedahkan wajah anaknya itu kerana menghormati pantang larang yang diajar dari turun temurun keluarganya.
“Ramai yang bertanya kenapa tak nak tunjuk muka anak dulu tetapi saya menghormati pantang yang diajar dari turun temurun,” tulisnya beserta #selagiorgtuamasihadahormatilahmereka dan #sabarituiman.
Hafiz selamat mendirikan rumah tangga dengan Nureffy Jasreel Abdullah pada 14 Mei 2016.
The post Hafiz Suip dedah wajah anak appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Hafiz Suip dedah wajah anak
Anda sekarang membaca artikel Hafiz Suip dedah wajah anak dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/02/hafiz-suip-dedah-wajah-anak.html