Hael Husaini Jampi 6.1 juta penonton

Hael Husaini Jampi 6.1 juta penonton - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hael Husaini Jampi 6.1 juta penonton, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hael Husaini Jampi 6.1 juta penonton
link : Hael Husaini Jampi 6.1 juta penonton

Baca juga


Hael Husaini Jampi 6.1 juta penonton

LEBIH 6.1 juta penonton telah di ‘Jampi’ oleh Hael Husaini pada Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32) yang telah berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 11 Februari lalu.

AJL 32 telah berjaya mendominasi separuh penonton dengan 56.3% market share mengatasi pelbagai program menarik yang turut bersiaran pada masa dan waktu yang sama di stesen televisyen lain dengan jumlah tontonan puncak sebanyak 4.2 juta adalah bagi lagu Jampi, juara AJL 32!.  (sumber: Nielson)

Platform penstriman video pertama dan nombor satu di Malaysia, tonton, yang menyiarkan acara gilang gemilang AJL 32 secara langsung dan berdefinisi tinggi (HD) turut mencatatkan peningkatan dua kali ganda berbanding tahun lepas.

Ia telah menarik 350,000 pelawat  berbanding 2017 dicatatkan menonton menerusi  portal video rasmi tonton (www.tonton.com.my), tonton Facebook (Live), serta aplikasi tontonmy di tablet dan telefon bimbit (android/iOS).

Selain itu, AJL 32 turut trending nombor satu di Malaysia dan di seluruh dunia! Mengikut statistik atas talian (online), #AJL32 telah digunakan sebanyak 3.5 juta di laman sosial (Facebook, Instagram & Twitter) sepanjang tiga jam AJL 32 bersiaran langsung.

Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad,

“Kami amat berbangga dengan peningkatan jumlah tontonan pada tahun ini serta pujian yang diterima dengan reka bentuk pentas AJL 32 yang kelihatan gah, pemilihan persembahan dan artis selingan bertepatan dengan tema Fesyen dan Muzik dan juga gandingan pengacara yang berjaya mengawal suasana dengan baik sekaligus memberi tanda aras baru yang memberi impak bagi penganjuran AJL, AJL 32 adalah di antara yang terbaik pernah dianjurkan.

“Tidak dapat dinafikan juga, barisan finalis pada tahun ini dengan gabungan penyanyi lama dan baru ini menjadi daya penarik terbesar yang menambahkan lagi peningkatan jumlah tontonan tidak hanya di kaca televisyan malahan melalui platform digital juga telah naik lebih 100% memberi tanggapan lagu-lagu mereka ini menepati citarasa masyarakat kini,” ujarnya lagi.

AJL32 menyaksikan lagu Jampi nyanyian Husaini diangkat sebagai juaram diikuti Sejati (Azmi Caliph Buskers) dan Tergantung Sepi (Haqiem Rusli).

Sementara Syamel dan Ernie Zakri pula menggunguli kategori Vokal Terbaik, selain Altimet yang memenangi kategori Persembahan Terbaik.

Finalis lain yang turut bertanding ialah Dayang Nurfaizah, Hazama, Khai Bahar, Salma,Wany Hasrita dan Ara Johari.

The post Hael Husaini Jampi 6.1 juta penonton appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Hael Husaini Jampi 6.1 juta penonton

Sekianlah artikel Hael Husaini Jampi 6.1 juta penonton kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hael Husaini Jampi 6.1 juta penonton dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/02/hael-husaini-jampi-61-juta-penonton.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :