Dapat arahan, kita serbu…

Dapat arahan, kita serbu… - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dapat arahan, kita serbu…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dapat arahan, kita serbu…
link : Dapat arahan, kita serbu…

Baca juga


Dapat arahan, kita serbu…

PERSATUAN Seniman tidak mahu sekadar bersikap cakap besar menangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan artis dan penggiat seni tempatan.

Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, pihaknya akan tetap meneruskan operasi Ops Seni di semua lokasi penggambaran drama, filem dan tempat persembahan.

“Cadangan untuk buat operasi ini disambut baik pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). Cuma, buat masa sekarang kami masih dalam peringkat perbincangan bila operasi ini bermula.

“Dapat saja arahan, kita akan terus buat. Seniman juga tidak akan maklumkan bila dan di mana operasi dijalankan. Jika diuar-uarkan ia bukan operasi namanya.

“Namun, pada hari operasi baru kita akan beri taklimat di mana nak diserbu berserta butiran lain,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zed, pihaknya bertegas dan memandang serius perkara itu yang dilihat kian membimbangkan sejak kebelakangan ini.

“Kita tetap akan membuat operasi di set penggambaran tetapi buat masa ini masih menunggu arahan kerana ia bergantung kepada pihak AADK.

“Operasi ini bukan saja bersama AADK tetapi mendapat kerjasama FINAS bagi memantau perlesenan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP). Jadi, peranan persatuan hanya bekerjasama supaya operasi ini akan berjalan lancar,” katanya.

Dalam masa sama, Zed yang juga pelakon akui wujud penyalahgunaan dadah membabitkan pelakon di lokasi penggambaran.

“Sebagai pelakon sudah lama terbabit dalam bidang lakonan, saya sedia maklum mengenai perkara ini.

“Namun, kes sebegini hanya minoriti saja dan bukan semua. Sebenarnya, Seniman sudah bertegas dengan dadah sejak dulu lagi sebelum kes Datuk Farid Kamil yang mana boleh rujuk kajian Seniman pada 2016,” katanya.

The post Dapat arahan, kita serbu… appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Dapat arahan, kita serbu…

Sekianlah artikel Dapat arahan, kita serbu… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dapat arahan, kita serbu… dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/02/dapat-arahan-kita-serbu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :