Judul : Carmen Soo timang cahaya mata pertama
link : Carmen Soo timang cahaya mata pertama
Carmen Soo timang cahaya mata pertama
PELAKON Carmen Soo, 41, selamat melahirkan cahaya mata pertamanya, seorang bayi perempuan pada Jumaat lalu.
Berita gembira itu dikongsi Carmen menerusi di laman Instagramnya dengan memuat naik gambar bersama suami dan bayi yang baru dilahirkan di sebuah hospital.
Menurut kapsyen yang disertakan pada gambar tersebut, Carmen meluahkan rasa syukur dan sangat mengalukan kehadiran cahaya mata yang dinamakan sebagai Bea, dalam hidupnya dan suami.
Tambah Carmen, dia dan bayinya itu dalam keadaan yang sihat.
Perkongsian tersebut menarik perhatian para pengikut di Instagram yang tidak putus-putus mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.
Carmen yang mendirikan rumah tangga dengan suami, Benson Tan sekitar tahun 2015 ini pernah mencipta nama di Filipina menerusi beberapa buat drama popular di sana termasuk, Kahit Isang Saglit bergandingan Jericho Rosales.
Selain itu, Carmen juga dikenali menerusi siri Oh My English, filem Baik Punya Cilok, Sayang U Can Dance, Ghost Child dan lain-lain.
The post Carmen Soo timang cahaya mata pertama appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Carmen Soo timang cahaya mata pertama
Anda sekarang membaca artikel Carmen Soo timang cahaya mata pertama dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/02/carmen-soo-timang-cahaya-mata-pertama.html