Judul : Bukan sebab komen netizen
link : Bukan sebab komen netizen
Bukan sebab komen netizen
PELAKON terkenal Mira Filzah, 25, menjelaskan keputusannya untuk menutup akaun media sosial miliknya bukan disebabkan komen negatif netizen.
Khamis lalu, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman mengumumkan mahu berundur dari media sosial untuk seketika di Twitter.
Pengumuman terbabit menyebabkan ramai peminat bintang drama bersiri Meh Sandar Lagi itu terkejut dan ada turut meminta dia supaya tidak terlalu lama berehat dari media sosial.
Mira kemudian memuat naik status baru menjelaskan tindakannya bukan disebabkan mana-mana pihak mahupun kewujudan akaun palsu.
“Sejak dari dulu lagi semua itu sudah wujud dan saya tidak pernah kisah,” tulisnya.
Jelas Mira, tujuan dia mengumumkan perkara itu kerana enggan peminat tertanya-tanya apabila mendapati dia tidak berkongsi perkembangan terbaru dirinya di media sosial.
Setakat ini, akaun Instagram dan Twitter pelakon itu masih wujud.
Mira mempunyai 96,400 pengikut di Twitter dan 2.7 juta pengikut di Instagram.
The post Bukan sebab komen netizen appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Bukan sebab komen netizen
Anda sekarang membaca artikel Bukan sebab komen netizen dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/02/bukan-sebab-komen-netizen.html