Bila susut 24 kg kerana Aunty

Bila susut 24 kg kerana Aunty - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bila susut 24 kg kerana Aunty, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bila susut 24 kg kerana Aunty
link : Bila susut 24 kg kerana Aunty

Baca juga


Bila susut 24 kg kerana Aunty

PENYANYI, Bila AF2015, menerusi akaun Instagramnya berkongsi gambar terbaru menunjukkan penyusutan berat badan daripada 140.8 kilogram kepada 116.8 kilogram.

“Alhamdulillah, penyusutan 24kg itu adalah hasil selepas melakukan transformasi selama tujuh bulan. Bila lihat hasilnya, saya semakin bersemangat untuk bekerja keras,” katanya kepada Harian Metro.

Bila atau nama sebenarnya Nur Najmi Nabila, 22, berkata, dia bertindak mengubah gaya hidup dan penampilan selepas ditegur peminat.

“Ada peminat yang saya panggil Aunty menegur saya ketika bertemu pada satu acara. Katanya, saya tak mahu nampak cantik dan lebih sihat?

“Kerana kata-katanya itu, saya tertarik menyertainya. Dia mengajar melakukan yoga, senaman aerobik dan mengamalkan diet seimbang,” katanya.

Menurut anak kepada pemain gitar bass kumpulan Wings, Eddie itu pada peringkat awal banyak cabaran yang dilaluinya.

“Mula-mula, saya elakkan makanan dan minuman bergula. Memang pada peringkat awal, banyak cabaran yang saya lalui.

“Namun, selepas susut sedikit, saya mula rasakan perubahan. Saya tidak mengah kalau naik turun tangga dan pernafasan saya ketika menyanyi juga semakin bertambah mudah,” katanya.

Bila bagaimanapun menolak mengambil produk pelangsingan badan kerana takut kalau-kalau ada kesan sampingan.

“Saya lebih selesa untuk cuba mengamalkan gaya hidup sihat dan susut secara semulajadi. Bukan apa, takut nanti ada kesan sampingan terhadap tubuh,” katanya.

Terbaru, Bila kini sedang melakukan persiapan untuk mengeluarkan album mini pertamanya.

The post Bila susut 24 kg kerana Aunty appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Bila susut 24 kg kerana Aunty

Sekianlah artikel Bila susut 24 kg kerana Aunty kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bila susut 24 kg kerana Aunty dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/02/bila-susut-24-kg-kerana-aunty.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :