Judul : Bertandang lagi ke Malaysia
link : Bertandang lagi ke Malaysia
Bertandang lagi ke Malaysia
Selepas menakluk dunia dengan lagu berjudul New Rules, nama Dua Lipa terus menjadi sebutan berikutan bakat dan kecantikannya.
Tidak dinafikan, Dua Lipa antara penyanyi generasi baru yang memiliki aura tersendiri dan muzik yang diketengahkan sangat mengagumkan.
Sehubungan itu, dia tidak sukar mencapai tahapnya sekarang dan memang layak diberi perhatian.
Memiliki vokal unik berjaya meletakkannya dalam kelas tersendiri.
Tahun lalu, Dua Lipa pernah hadir ke sini mengadakan persembahan sempena Good Vibes Festival di Genting Highlands, Pahang dan kehadirannya antara yang dinantikan.
Ternyata dia bukan saja memiliki penampilan menarik sebagai artis, malah kualitinya sebagai penghibur hebat terserlah di pentas.
Pada Mei ini, Dua Lipa bakal ke Kuala Lumpur lagi bagi menjayakan konsert solonya di KL Live.
Pengumuman mengenai konsertnya itu terus menjadi perbualan di media sosial.
Ia membuktikan Dua Lipa sememangnya memiliki jumlah pengikut yang sangat besar di Malaysia.
Menerusi New Rule yang dilancarkan Jun tahun lalu, Dua Lipa berjaya mendominasi pelbagai carta lagu di dunia.
Di negaranya, Britain, ia turut menakluki beberapa carta lagu. Lagu berkenaan jelas membantu menaikkan popularitinya bukan saja di Barat tetapi ke seluruh dunia.
Ia sekali gus menjadikan Dua Lipa antara penyanyi wanita baru paling berpengaruh sejak tahun lalu hingga sekarang.
Menerusi lagu New Rules juga berjaya meletakkannya sebagai penyanyi solo wanita pertama mendapat tempat pertama untuk hampir dua tahun.
Ia berdasarkan pencapaiannya menjadi penyanyi wanita pertama menerima lima pencalonan di Brit Awards, baru-baru ini.
Dua Lipa juga dilabel sebagai wanita tenang dan berdikari. Dia juga sentiasa tampil dengan lirik yang jujur dalam setiap lagunya.
Terbaru, Dua Lipa melancarkan single berjudul IDGAF dan dia terus mencuri perhatian peminat.
Sebelum melancarkan IDGAF, dia juga berjaya mencipta kejayaan menerusi lagu Scared To Be Lonely bekerjasama bersama Martin Garrix dan Your Mind (Mwah).
Di Malaysia, Dua Lipa adalah penyanyi wanita nombor tiga paling banyak dilayari lagunya selepas Taylor Swift dan Selena Gomez.
The post Bertandang lagi ke Malaysia appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Bertandang lagi ke Malaysia
Anda sekarang membaca artikel Bertandang lagi ke Malaysia dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/02/bertandang-lagi-ke-malaysia.html