Judul : Anas gementar nak sambut baby
link : Anas gementar nak sambut baby
Anas gementar nak sambut baby
PENYANYI, pelakon dan penyampai radio, Anas Ridzuan, 29, berkongsi perasaan gementarnya untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya kurang sebulan lagi.
“Kalau mengikut jangkaan, isteri saya akan bersalin pada pertengahan bulan ini. Teruja memang ada, tetapi sebenarnya, lebih banyak rasa gementar.
“Mestilah gementar kerana ini pengalaman pertama dan saya sendiri pun belum tahu bagaimana dan apa perlu dilakukan untuk membesarkan anak,” katanya kepada Harian Metro.
Bagaimanapun, bintang filem Busker itu sentiasa bersyukur kerana keluarga dan teman-temannya tidak lokek berkongsi ilmu menjadi bapa dengannya.
Dia juga memaklumkan, menjelang hari-hari terakhir sebelum kelahiran, isterinya yang juga bekas peserta program Mentor 6 itu berada dalam keadaan sihat.
“Isteri saya dalam keadaan sihat. Begitu juga dengan bayi lelaki dalam kandungannya. Dia tak ada mengalami sebarang alahan atau masalah sepanjang lapan bulan kehamilan ini,” katanya.
Apa pun, Anas sentiasa mengharapkan agar peminat mendoakan yang terbaik buat isterinya.
Untuk rekod, Anas dan Ana mengikat tali perkahwinan pada 22 Oktober 2016.
The post Anas gementar nak sambut baby appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Anas gementar nak sambut baby
Anda sekarang membaca artikel Anas gementar nak sambut baby dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/02/anas-gementar-nak-sambut-baby.html