Amah mati dipercayai didera, dua beradik ditahan

Amah mati dipercayai didera, dua beradik ditahan - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amah mati dipercayai didera, dua beradik ditahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amah mati dipercayai didera, dua beradik ditahan
link : Amah mati dipercayai didera, dua beradik ditahan

Baca juga


Amah mati dipercayai didera, dua beradik ditahan

Seorang pembantu rumah warga Indonesia mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka dipercayai didera oleh majikan dalam kejadian di Taman Kota Permai di sini.

Mangsa yang dikenali sebagai Adelina, 21, daripada Medan, Indonesia dikatakan bekerja di negara ini hampir dua tahun.

Selain mengalami lebam pada kepala dan muka, tangan kiri dan kanan mangsa juga dikatakan terdapat kesan luka dan bernanah.

Susulan kejadian itu, dua beradik ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah,Asisten Komisoner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kejadian itu terbongkar apabila orang awam menghubungi pembantu peribadi kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam bagi memaklumkan mengenai nasib malang menimpa pembantu rumah berkenaan.

“Selepas menerima maklumat itu, pengadu pergi ke rumah berkenaan untuk melakukan pemeriksaan dan mendapati pembantu rumah berkenaan sedang duduk di kawasan pagar luar rumah.

Pembantu rumah warga Indonesia kelihatan ketakutan ketika dilihat di kawasan pagar luar rumah semalam.
“Pengadu cuba berinteraksi dengan pembantu rumah itu tetapi dia dilihat dalam keadaan takut dan hanya mengangguk kepala apabila ditanya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nik Ros Azhan berkata,lelaki itu berjumpa dengan seorang wanita berusia 60-an dan bertanyakan mengenai perkara itu namun wanita itu mengingatkan supaya dia tidak masuk campur dalam urusan berkenaan.

Katanya, tidak lama kemudian anak wanita berkenaan datang ke rumah dan membawa keluar mangsa.

“Pengadu telah menghubungi majikannya memaklumkan kejadian berkenaan sebelum mereka membawa mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah untuk tindakan lanjut.

“Kita cuba mengambil keterangan daripada mangsa namun wanita terbabit masih lagi dalam keadaan takut dan enggan untuk berikan keterangan,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, dua beradik yang ditahan masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia 39 dan 36 tahun.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

The post Amah mati dipercayai didera, dua beradik ditahan appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Amah mati dipercayai didera, dua beradik ditahan

Sekianlah artikel Amah mati dipercayai didera, dua beradik ditahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amah mati dipercayai didera, dua beradik ditahan dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/02/amah-mati-dipercayai-didera-dua-beradik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :