Judul : Wafa terkejut dikata ‘jual diri’
link : Wafa terkejut dikata ‘jual diri’
Wafa terkejut dikata ‘jual diri’
SEMALAM pelakon Datuk Jalaluddin Hassan, 64, kesal dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan gambarnya ketika berlakon teater Patung Kertas, rakan lakonnya dalam teater itu, Syed Wafa pula mengaku dihujani pertanyaan mengenai bayaran untuk ‘perkhidmatan’ disediakan.
Wafa atau Syed Yusof Wafa berkata, banyak mesej bertanyakan bayaran untuk ‘perkhidmatan’ disediakan gara-gara gambarnya bersama Jalaluddin digunakan individu berkenaan dengan status ‘darling!…For Service!.
“Pada mulanya saya menganggap mesej berkenaan sekadar usikan sebelum dimaklumkan perkara sebenar Sabtu lalu. Sejak tahun lalu lagi sebenarnya saya menerima banyak mesej pelik di laman Facebook.
“Agak terkejut juga, sebab tiba-tiba saja banyak bertanya harga dan ada yang menawarkan RM300 sehingga RM500 untuk setiap ‘perkhidmatan’.
“Saya buat tidak tahu saja dan terus menyekat mereka sehinggalah rakan saya, Fauzi Omar menunjukkan gambar profile di WeChat, baru saya teringat semula mesej yang pernah dihantar.
“Difahamkan, akaun Wechat yang menggunakan gambar saya dan Datuk Jalal untuk perkhidmatan VIP. Perkara ini buatkan saya berasa malu,” katanya kepada Harian Metro.
Wafa yang turut merakam lagu Rindu Pelukan Ibu duet bersama Zaiton Sameon berkata, sejak tular gambar memaparkan mereka berpakaian wanita ketika berlakon teater Patung Kertas lapan tahun lalu, ramai memandang serong terhadapnya selain beranggapan dia melakukan perkara tidak bermoral untuk menjana pendapatan.
“Macam Datuk Jalal cakap semalam, dia tidak mahu masyarakat percaya apa yang disebarkan. Jadi, saya juga berharap tidak ada pihak yang memberi persepsi negatif.
“Selama ini saya cari makan dengan kerja halal. Apa yang dimiliki juga berkat kerja keras saya, bukannya dengan perkara tidak bermoral ini.
“Tidak dinafikan ada yang beranggapan sebegitu. Jadi, ingin dijelaskan perkara ini tidak wujud sama sekali. Saya masih ada harga diri.
“Saya juga berharap masyarakat berhati-hati dengan akaun WeChat yang menggunakan gambar artis kerana bimbang ia bermotif jahat,” katanya.
Semalam Harian Metro melaporkan Jalaluddin yang melakonkan watak Abang Long dan Kak Long dalam Patung Kertas, bengang dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang menyalahgunakan gambarnya dan menganggap tindakan itu satu fitnah.
The post Wafa terkejut dikata ‘jual diri’ appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Wafa terkejut dikata ‘jual diri’
Anda sekarang membaca artikel Wafa terkejut dikata ‘jual diri’ dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/01/wafa-terkejut-dikata-jual-diri.html