Proton jelaskan kenapa bagi diskaun kepada Persatuan Hokkien

Proton jelaskan kenapa bagi diskaun kepada Persatuan Hokkien - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Proton jelaskan kenapa bagi diskaun kepada Persatuan Hokkien, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Proton jelaskan kenapa bagi diskaun kepada Persatuan Hokkien
link : Proton jelaskan kenapa bagi diskaun kepada Persatuan Hokkien

Baca juga


Proton jelaskan kenapa bagi diskaun kepada Persatuan Hokkien

PROTON Holdings Bhd menjelaskan diskaun istimewa kepada ahli kesatuan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia, bukan kes istimewa.

Tawaran tersebut merupakan sebahagian daripada dasar diskaun istimewa kepada pelanggan jualan korporat dan fleet, dan ia adalah amalan perniagaan biasa dalam industri automotif untuk menawarkan diskaun jualan korporat berdasarkan pembelian secara pukal dan jualan fleet, menurut pengeluar kereta nasional itu dalam kenyataan hari ini.

Ia menjelaskan berhubung laporan akhbar berbahasa Cina bahawa Proton menawarkan diskaun antara lima dan 10 peratus bagi semua model keretanya kepada ahli kesatuan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia.

Proton berkata, tawaran istimewa yang diberikan kepada Persekutuan Hokkien merupakan sebahagian daripada pelan jualan korporat istimewa kepada pelanggan jualan fleet.

Proton juga ingin menegaskan bahawa akhbar itu turut melaporkan “Proton sentiasa menyediakan promosi jualan korporat/fleet kepada pelanggan korporat, persatuan, organisasi dan institusi (termasuk media), dan Persekutuan Hokkien bukan kes yang istimewa”.

Katanya, Proton mempunyai pelan yang sama dengan pelbagai koperasi, persatuan dan organisasi korporat utama di Malaysia.

“Melalui cara yang sama, Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia, telah mengadakan perbincangan dengan kami dan menunjukkan sokongan kepada Proton dengan komitmen untuk membeli,” kata Proton.

Berdasarkan kepada jumlah ahli dan pekerja persatuan itu yang besar, Proton berkata ia dapat  membentuk pakej istimewa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Katanya mana-mana koperasi, organisasi dan persatuan yang membeli jumlah kereta tertentu turut layak untuk mendapat pelan istimewa jualan korporat ini, tertakluk kepada terma dan syarat antara Proton dan pihak yang berkenaan.

“Proton amat menghargai sokongan daripada syarikat korporat dan persatuan, dan komited untuk memberikan perkhidmatan dan kualiti yang terbaik kepada semua pelanggan kami.

“Kami menghargai minat yang diberikan kepada Proton dan kami mempelawa mana-mana persatuan dan syarikat korporat yang ingin menikmati faedah ini,” katanya.

The post Proton jelaskan kenapa bagi diskaun kepada Persatuan Hokkien appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Proton jelaskan kenapa bagi diskaun kepada Persatuan Hokkien

Sekianlah artikel Proton jelaskan kenapa bagi diskaun kepada Persatuan Hokkien kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Proton jelaskan kenapa bagi diskaun kepada Persatuan Hokkien dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/01/proton-jelaskan-kenapa-bagi-diskaun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :