Judul : Peminat Ejek Gaya Rambut ‘Cendawan’ Zayn Malik
link : Peminat Ejek Gaya Rambut ‘Cendawan’ Zayn Malik
Peminat Ejek Gaya Rambut ‘Cendawan’ Zayn Malik
Penampilan penyanyi popular Zayn Malik dengan gaya potongan rambutnya yang terkini menjadi bahan ejekan segelintir peminat yang memanggil gaya rambutnya seperti cendawan.
Menerusi beberapa foto yang tersebar di internet menunjukkan Zayn yang memakai sepasang sut berwarna kelabu dan bercermin mata hitamsedang berjalan-jalan di kota New York.
Namun nampaknya ramai peminat tidak suka dengan gaya rambut bekas anggota kumpulan One Direction itu. Pelbagai reaksi dan komen yang rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dengan imej terbaharu pelantun lagu Dusk Till Down itu yang dianggap hodoh.
“Zathaneil ku apa sudah jadi dengan rambut kamu,” tanya seorang peminat di laman Twitter
“Semua orang menangis melihat Zyan memotong rambutnya macam cendawan
“Rambut baru Zayn sangat hodoh, omg,” tulis seorang lagi
Bagaimanapun, ada juga peminat yang tetap memuji dan menerima seadanya fesyen terbaru Zayn itu.
“Sehodoh mana pun rambut Zayn, saya tetap izinkan dia menjadi bapa kepada anak-anak saya,” puji seorang peminat.
Zyan mengejutkan peminat dengan fesyen rambutnya itu selepas kecoh mengenai lukisan tatu di dadanya. Tatu yang menunjukkan gambar mata itu dipercayai gambaran mata teman wanitanya, Gigi Hadid.
Zayn dan Gigi mula menjalin hubungan intim selepas model Victoria Secret itu muncul dalam video muziknya yang bertajuk “Pillowtalk”, sekitar tahun 2015.
The post Peminat Ejek Gaya Rambut ‘Cendawan’ Zayn Malik appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Peminat Ejek Gaya Rambut ‘Cendawan’ Zayn Malik
Anda sekarang membaca artikel Peminat Ejek Gaya Rambut ‘Cendawan’ Zayn Malik dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/01/peminat-ejek-gaya-rambut-cendawan-zayn.html