Judul : Negara hancur jika Umno-BN kekal
link : Negara hancur jika Umno-BN kekal
Negara hancur jika Umno-BN kekal
Negara akan hancur sekiranya rakyat terus mengekalkan pemerintahan Umno-BN pada PRU14.
Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, jika diteliti, penjawat awam termasuk guru telah lama berganjak daripada pemikiran dan budaya lapuk, di mana parti pemerintah itu adalah kerajaan dan kerajaan itu adalah parti pemerintah.
“Itu antara sebabnya pembangkang berjaya menafikan dua pertiga majoriti di parlimen sejak PRU12 pada 2008 lalu dan memenangi beberapa negeri.
“Tidak pula kedengaran kehancuran atau huru-hara di Selangor atau Pulau Pinang sehingga menyebabkan rakyat lari atau keluar dari negeri itu.
“Malah, negeri bertambah maju dan rakyat semakin mesra,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Syed Ibrahim merujuk kepada beberapa kenyataan pemimpin Umno-BN baru-baru ini yang dikatakan seolah-olah mengugut penjawat awam dan guru supaya mengekalkan pemerintahan sedia ada pada PRU14.
Sehubungan itu, Syed Ibrahim berkata, setiap pihak berkaitan perlu jelas bahawa perubahan kerajaan tidak akan menjejaskan perkhidmatan penjawat awam dan golongan itu akan tetap kekal walaupun berlaku peralihan pemerintahan.
The post Negara hancur jika Umno-BN kekal appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Negara hancur jika Umno-BN kekal
Anda sekarang membaca artikel Negara hancur jika Umno-BN kekal dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/01/negara-hancur-jika-umno-bn-kekal.html