Judul : Lelaki maut disedut mesin MRI
link : Lelaki maut disedut mesin MRI
Lelaki maut disedut mesin MRI
Seorang lelaki terbunuh selepas dia disedut ke dalam mesin Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di sebuah hospital di Mumbai, Sabtu lalu.
Ketika kejadian, Rajesh Maru, 32, membawa sebuah silinder oksigen dan menemani salah seorang ahli keluarganya ke bilik MRI di Hospital BYL Nair Charitable.
Menurut saudara Maru, Harish Solanki, seorang kakitangan hospital yang berada di luar bilik MRI memberitahu tiada masalah untuk mangsa membawa silinder oksigen ke dalam bilik tersebut.
“Apabila Maru menjawab, barang logam tidak dibenarkan masuk ke bilik MRI, pegawai itu berkata tiada masalah kerana mereka lakukannya setiap hari. Malah, mesin juga telah dimatikan. Doktor dan juruteknik juga tidak berkata apa-apa.
“Tetapi sebaik sahaja Maru masuk dengan silinder oksigen berkenaan, ternyata mesin masih hidup. Tarikan magnet yang kuat dari mesin MRI menyedut mangsa. Kecuaian mereka menyebabkan kematian Maru,” katanya dalam nada sebak.
Susulan kejadian itu, seorang doktor dan dua kakitangan hospital ditahan untuk membantu siasatan dan pihak hospital turut menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kepada polis.
The post Lelaki maut disedut mesin MRI appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Lelaki maut disedut mesin MRI
Anda sekarang membaca artikel Lelaki maut disedut mesin MRI dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/01/lelaki-maut-disedut-mesin-mri.html