Kisah rumah tangga wanita kota mencuit hati!

Kisah rumah tangga wanita kota mencuit hati! - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kisah rumah tangga wanita kota mencuit hati!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kisah rumah tangga wanita kota mencuit hati!
link : Kisah rumah tangga wanita kota mencuit hati!

Baca juga


Kisah rumah tangga wanita kota mencuit hati!

TIDAK dinafikan, bahtera rumah tangga dilalui setiap pasangan berkahwin pasti akan ada ketikanya berhadapan dengan situasi tidak sependapat berhubung dengan sesuatu perkara. Sehingga ada ketikanya menjadikan situasi tersebut sebagai suatu yang lucu.

Itulah kisah dipaparkan menerusi drama bersiri terbaru, Isteriku ‘Mem’ Besar, yang bersiaran menerusi Tonton First sejak 15 Januari lalu setiap Isnin, jam 12.00 tengah hari.

Isteriku ‘Mem’ Besar mengisahkan mengenai kehidupan keluarga yang berusaha menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berubah dari gaya hidup bandar ke luar bandar yang terselit unsur humor dan pengajaran hubungan kekeluargaan.

Drama rantaian sebanyak 20 episod ini, secara tidak langsung juga merungkaikan kisah perkahwinan kompleks dengan situasi lucu yang berterusan melibatkan Azizi, lakonan Arash Mohd dan Maziah (dilakonkan Hasnah), iaitu pasangan yang telah lama berkahwin namun hubungan mereka menjadi dingin disebabkan perbezaan perspektif.

Azizi yang penat bekerja di kota membuat keputusan untuk kembali ke kampung dan bersara dengan untuk tinggal bersama keluarganya. Sementara keluarganya pula, tidak bersetuju dengan alasan gaya hidup mereka cukup elegan kurang sesuai untuk kehidupan kampung.

Lalu, Azizi pula cuba mencari ketenangan namun terpalit dengan beberapa aksi lucu dalam mengekalkan hubungan bersama isteri dan keluarganya.

Tahun cemerlang Tonton
Pengarah tonton, Perlesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Airin Zainul memberitahu, konflik lucu melibatkan tema perkahwinan jarang diolah dalam bentuk komedi.

“Tema perkahwinan kontroversi sebelum ini kurang diolah menerusi drama humor. Menyelami kemahuan pelanggan tonton yang pelbagai, kami juga amat berbesar hati menampilkan Isteri ‘Mem’ Besar 7 bulan lebih awal dari siaran TV, eksklusif di Tonton.

“Tahun ini merupakan tahun terbaik buat Tonton terus menyinar berdasarkan rekod cemerlang sebagai pembekal servis penstriman ‘Over the Top’ (OTT) nombor 1 di Malaysia yang menampilkan kandungan premium dan pastinya, angka langganan dijangka terus meningkat dengan sambutan berterusan daripada anda,” katanya.

Isteriku ‘Mem’ Besar dibarisi pelakon baru dan lama seperti Amyza Aznan, Arash Mohd, Mawar Rashid, Amirul Faqeem, Isqandar Syahidan, Azhar Osman, Hasnah,Sharissa Haris dan ramai lagi. Jangan ketinggalan untuk menonton siri istmewa ini di Tonton dan TV3.

The post Kisah rumah tangga wanita kota mencuit hati! appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kisah rumah tangga wanita kota mencuit hati!

Sekianlah artikel Kisah rumah tangga wanita kota mencuit hati! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kisah rumah tangga wanita kota mencuit hati! dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/01/kisah-rumah-tangga-wanita-kota-mencuit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :