King Coco seronok jadi ibu

King Coco seronok jadi ibu - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul King Coco seronok jadi ibu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : King Coco seronok jadi ibu
link : King Coco seronok jadi ibu

Baca juga


King Coco seronok jadi ibu

KING Coco yang cukup popular sebelum ini sudah pun bersalin anak lelaki beberapa bulan yang lalu.

Ramai yang tak sabar nak lihat wajah anak lelaki Coco hasil perkongsian hidup bersama suaminya Captain Azrin.

Difahamkan, anak lelaki sulung pasangan ini telah dilahirkan awal November lalu di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Bagaimanapun, wajah anaknya ditutup dengan ‘sticker’ emoji atas permintaan suami.

“Belum boleh paparkan wajah anak atas permintaan suami,” katanya ringkas.

Kongsi Coco, dia rasa berbangga dan seronok bergelar ibu.

“Alhamdulillah, rasa gembira kerana apabila kita bangkit dari tidur, ada dua individu yang disayangi ada di sisi. Anak kami, Mateen sudah pun pandai senyum dan kadang-kadang bila tengok dia senyum dan ketawa pun sudah rasa happy. Penat semua hilang. Betullah orang kata, keletah anak akan hilangkan semua rasa penat.

“Saya sebenarnya seorang yang mementingkan kualiti tidur. Bagaimanapun, bila sudah ada anak, kualiti tidur itu agak ‘terganggu’. Kalau sehari dapat tidur tiga atau empat jam pun sudah rasa bertuah. Apa pun, saya okay saja sebab bila mengantuk, tatap wajah anak rasa lega dan tak ada masalah.Ya, secara tidak langsung menjaganya boleh pupuk kita untuk jadi seorang yang lebih penyabar,” akui Coco.

Coco juga sudah rancang masa depan anaknya meski usia Mateen belum cecah dua bulan.

“Kami sudah fikir soal pengajian anak dan syukur, suami pun banyak membantu menjaga Mateen. Biar dia sudah mempunyai anak sebelum ini, namun layanan terhadap Mateen tetap sama,” akhiri Coco jujur.

The post King Coco seronok jadi ibu appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel King Coco seronok jadi ibu

Sekianlah artikel King Coco seronok jadi ibu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel King Coco seronok jadi ibu dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/01/king-coco-seronok-jadi-ibu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :