Kesal stesen radio suruh cipta lagu ala cumi-cumi

Kesal stesen radio suruh cipta lagu ala cumi-cumi - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kesal stesen radio suruh cipta lagu ala cumi-cumi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kesal stesen radio suruh cipta lagu ala cumi-cumi
link : Kesal stesen radio suruh cipta lagu ala cumi-cumi

Baca juga


Kesal stesen radio suruh cipta lagu ala cumi-cumi

KOMPOSER dan penyanyi Hafiz Hamidun disuruh oleh ‘orang kuat’ sebuah stesen radio untuk mencipta lagu ala ‘cumi-cumi’ nyanyian Nabila Razali yang popular ketika ini.

Lagu judul Pematah Hati tersebut merupakan ciptaan komposer yang sedang meningkat naik Hael Husaini.

“Semuanya bermula apabila baru-baru ini kan tersebar cerita kononnya kumpulan Mirwana tidak berpuas hati kerana lagu baru mereka, Cinta Bukan Mainan tidak begitu menonjol.

“Jadi saya sebagai pencipta lagu itu telah disalahkan.

“Untuk makluman semua, saya pencipta sahaja, tidak semestinya setiap lagu-lagu saya itu akan terus meletup, mungkin ada yang popular, malah mungkin ada juga yang akan ambil masa.  Semua ini adalah di luar bidang kuasa saya,” kata Hafiz.

Tambah Hafiz, sebenarnya lagu tersebut juga adalah untuk dirinya dan bukan untuk Mirwana.

Pun begitu, meskipun ada yang menyalahkan dia tetapi Hafiz tidak berkecil hati sebaliknya dia faham mengapa perkara itu berlaku.

“Sejak dikongsikan di laman YouTube pada 31 Oktober lalu, sehingga kini lagu Cinta Bukan Mainan hanya mencecah hampir 300,000 tontonan sahaja.

“Lagu tersebut tidak berkumandang sangat di corong radio-radio utama.  Kebanyakan cari alasan kenapa mereka tak mahu mainkan lagu itu.

“Terus-terang ada yang katakan mereka payah nak terima lagu saya itu.  Mereka suruh saya buat lagu macam ‘cumi-cumi’. Tapi pada saya setiap komposer ada gaya masing-masing, jadi kena bantulah saya dengan kekuatan yang saya ada.

“Kalau radio yang besar-besar ini tak bantu, susahlah kami,” ujar Hafiz lagi.

Selain lagu Mirwana, lagu nyanyian Bob, Terbuang Dalam Pelukan juga ciptaan Hafiz, khabarnya kurang mendapat sambutan.

The post Kesal stesen radio suruh cipta lagu ala cumi-cumi appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kesal stesen radio suruh cipta lagu ala cumi-cumi

Sekianlah artikel Kesal stesen radio suruh cipta lagu ala cumi-cumi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kesal stesen radio suruh cipta lagu ala cumi-cumi dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/01/kesal-stesen-radio-suruh-cipta-lagu-ala.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :