JAKIM Boleh Hubungi Sajat, Bukan Dengan ‘Mesej Terbuka’

JAKIM Boleh Hubungi Sajat, Bukan Dengan ‘Mesej Terbuka’ - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JAKIM Boleh Hubungi Sajat, Bukan Dengan ‘Mesej Terbuka’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JAKIM Boleh Hubungi Sajat, Bukan Dengan ‘Mesej Terbuka’
link : JAKIM Boleh Hubungi Sajat, Bukan Dengan ‘Mesej Terbuka’

Baca juga


JAKIM Boleh Hubungi Sajat, Bukan Dengan ‘Mesej Terbuka’

Ekoran kontroversi identiti dirinya yang sehingga kini dipertikaikan segelintir pihak, justeru usahawan kosmetik Nur Sajat Kamaruzzaman berkata dia sedia berjumpa dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung isu tersebut.

Memetik laporan mStar online, Sajat bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau hanya bersetuju mengadakan pertemuan itu sekiranya ia dilakukan secara berhemah demi kebaikan bersama.

“Setakat ini, Sajat tidak mendapat sebarang maklumat daripada P.A (pembantu peribadi) berhubung pertemuan berkenaan. Kalau orang nak cari Sajat, ada je kat Wisma Nur Sajat ni.

“Sepatutnya kalau dia (pihak Jakim) nak jumpa Sajat, dia boleh terus berhubung dengan Sajat sendiri atau dengan P.A (pembantu peribadi), bukannya dengan mesej terbuka macam tu,” katanya.

Pada Isnin, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Izwan Yusof menerusi ‘mesej terbuka’ di laman sosial Facebook menyuarakan hasratnya untuk bertemu dengan Sajat.

..

Pada masa sama, Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha menerusi Twitternya turut menyatakan persetujuan berhubung hasrat pihak Jakim untuk mengadakan pertemuan bersama Sajat.

Sajat menegaskan bahawa selama ini, beliau sebenarnya tidak mengambil peduli terhadap kecaman dan cemuhan netizen mahupun masyarakat mengenai dirinya.

Malah dia menganggap tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang mengaitkan dirinya dengan kekeliruan identiti, sekadar mencemburui dirinya yang semakin berjaya dalam bidang perniagaan.

Namun Sajat menjelaskan bahawa beliau di pihak yang benar, maka tiada perkara yang perlu dibimbangi berhubung pertemuan dengan Jakim.

“Saya sedia berjumpa dengan Jakim tapi biarlah ia dibuat secara berhemah. Kalau elok antara kedua-dua pihak, kenapa tidak?

“Kita boleh berjumpa, tak ada masalah pun. Sajat tahu di pihak yang benar, bukannya buat kerja-kerja yang tidak elok,” katanya.

Menerusi ‘mesej terbuka’ itu, Izwan merupakan pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Jakim berhajat untuk berjumpa Sajat memandangkan isu yang timbul kebelakangan ini menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan masyarakat.

“Kami menjemput Sajat untuk hadir ke Jakim supaya kita lebih mengenali antara satu sama lain dan juga berbincang berkenaan situasi dan keadaan Sajat.

“Atau kami sedia berjumpa dengan Sajat di mana-mana sahaja yang dirasakan selesa. Kami sedia dihubungi 24/7,” kata Izwan.

The post JAKIM Boleh Hubungi Sajat, Bukan Dengan ‘Mesej Terbuka’ appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel JAKIM Boleh Hubungi Sajat, Bukan Dengan ‘Mesej Terbuka’

Sekianlah artikel JAKIM Boleh Hubungi Sajat, Bukan Dengan ‘Mesej Terbuka’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JAKIM Boleh Hubungi Sajat, Bukan Dengan ‘Mesej Terbuka’ dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/01/jakim-boleh-hubungi-sajat-bukan-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :