Judul : Jahitan pada hidung terkoyak
link : Jahitan pada hidung terkoyak
Jahitan pada hidung terkoyak
Oleh kerana enggan mendengar nasihat doktor, jahitan pembedahan di bahagian hidung pelakon Hugh Jackman terbuka ketika menyanyi.
Bintang Hollywood berusia 49 tahun itu membuat pembedahan membuang kanser kulit di hidungnya pada Februari tahun lalu.
Menurut Jackman, dia tidak mengikuti nasihat doktor disebabkan terlalu komited untuk menjayakan filem The Greatest Showman.
“Sehari sebelum latihan lakonan, saya menjalani pembedahan dan doktor meminta supaya tidak menyanyi kerana tindakan itu boleh membuka semula 80 jahitan,” katanya.
Pelakon yang terkenal menerusi watak Wolverine itu memberitahu pihak produksi sudah menyediakan pelakon ganti untuk menyanyi bahagiannya.
“Bagaimanapun, apabila tiba bahagian kemuncak yang terakhir, saya menjadi terlalu teruja dan menyanyi dengan sepenuh hati.
“Persembahan itu berakhir dengan baik sekali dan semua orang gembira. Ketika itu, darah mula menitis dan luka itu terpaksa dijahit semula.
“Namun, saya berasa ia sangat berbaloi,” katanya.
Pada 2013, Jackman disahkan menghidap kanser kulit Basal Cell Carcinoma dan sudah enam kali menjalani pembedahan.
Bapa kepada dua anak itu pernah mendedahkan perlu menjalani rawatan susulan setiap tiga bulan berikutan tompok kulit sering muncul pada badannya.
The Greatest Showman adalah filem lakonan terbaru Jackman selepas Logan dan kini ditayangkan di pawagam.
Turut beraksi di sisi Jackman dalam filem drama muzikal itu adalah Zac Efron, Michelle Williams dan Zendaya.
Filem arahan Michael Gracey itu menerima tiga pencalonan Anugerah Golden Globe ke-75 bagi kategori Filem Muzikal atau Komedi Terbaik, Pelakon Muzikal atau Komedi Terbaik dan Lagu Asal Terbaik.
The post Jahitan pada hidung terkoyak appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Jahitan pada hidung terkoyak
Anda sekarang membaca artikel Jahitan pada hidung terkoyak dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/01/jahitan-pada-hidung-terkoyak.html