Judul : Fiza luah rasa rindu
link : Fiza luah rasa rindu
Fiza luah rasa rindu
DEK akrabnya hubungan, Fiza Abdul Halim mengakui terlalu merindui arwah bapanya, Abdul Halim Abdul Aziz.
“Papa.. Fiza terlalu rindukan papa…hadirlah dalam mimpi Fiza walaupun seketika…
“Walaupun dah lebih tiga tahun, tapi aku tetap rindu…seperti baru sehari kehilangan sebab aku terlalu rapat dengan PAPA… love u pa,” kongsinya di Instagram.
Malah, selebriti berusia 37 tahun ini turut berkongsi pelbagai momen manis bersama bapanya itu.
“Rindu nak melawak dgn papa, nak kenakan papa, nak peluk papa..dan part yang paling best nak papa urut kaki…tangan papa paling mujarab kalau urut… tapi sekarang dah hilang semua tu,” tulisnya lagi.
Pada masa sama, bekas anggota kumpulan Elite ini turut mendoakan kesejahteraan bapanya.
“Moga papa tenang di sana… In shaa ALLAH, Fiza pun akan menyusul nanti… Tapi tak tahu entah bila…
“AlFatihah buat arwah ayahandaku yang paling aku kasihi dan sayangi… Abdul Halim Abdul Aziz…,” luahnya.
The post Fiza luah rasa rindu appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Fiza luah rasa rindu
Anda sekarang membaca artikel Fiza luah rasa rindu dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/01/fiza-luah-rasa-rindu.html