Farid Semakin Ceria & Bersemangat, Sempat Bagi ‘Flying Kiss’

Farid Semakin Ceria & Bersemangat, Sempat Bagi ‘Flying Kiss’ - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Farid Semakin Ceria & Bersemangat, Sempat Bagi ‘Flying Kiss’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Farid Semakin Ceria & Bersemangat, Sempat Bagi ‘Flying Kiss’
link : Farid Semakin Ceria & Bersemangat, Sempat Bagi ‘Flying Kiss’

Baca juga


Farid Semakin Ceria & Bersemangat, Sempat Bagi ‘Flying Kiss’

Kes pelakon Datuk Farid Kamil terus mendapat perhatian masyarakat dan menjadi berita utama media-media tempatan.

Menerusi foto dan video yang tersebar di laman sosial menunjukkan reaksi dan wajah Farid hari ini kelihatan semakin ceria dan bersemangat berbanding hari pertama penahananya pada Khamis minggu lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Farid berkata beliau mencintai isterinya, aktres Datin Diana Danielle serta sangat merindui kedua-dua anaknya, Mohammad, 5 dan Aurora, 2.

Perasaan itu diluahnya ketika dia dikerumuni pihak media, sambil berjalan keluar dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, pagi ini.

“Saya rindukan anak-anak dan memang harapkan Diana datang.

“Alhamdulillah, saya okey. Semuanya baik-baik saja. Saya gembira isteri dan keluarga hadir hari ini. Saya mengharapkan sokongan mereka.

“Pesan saya untuk isteri, I love you,” katanya.

Laporan sama menyebut, Farid juga memberitahu, sepanjang berada dalam tahanan dia berada dalam keadaan baik dan sihat.

Pelakon filem Pinjamkan Hatiku itu juga tidak lupa mengucapkan terima kasih atas sokongan peminat.

“Terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa memberi sokongan,” katanya.

Manakala menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram Hlive merakamkan aksi Farid yang tersenyum dan sempat memberikan ‘flying kiss’ saat namanya dipanggil pihak media.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya gembira dengan perkembangan pelakon itu dan berharap agar Farid terus bersemangat dan tabah.

The post Farid Semakin Ceria & Bersemangat, Sempat Bagi ‘Flying Kiss’ appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Farid Semakin Ceria & Bersemangat, Sempat Bagi ‘Flying Kiss’

Sekianlah artikel Farid Semakin Ceria & Bersemangat, Sempat Bagi ‘Flying Kiss’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Farid Semakin Ceria & Bersemangat, Sempat Bagi ‘Flying Kiss’ dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/01/farid-semakin-ceria-bersemangat-sempat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :