Dong Zong melampau, institusi pendidikan hilang taring

Dong Zong melampau, institusi pendidikan hilang taring - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dong Zong melampau, institusi pendidikan hilang taring, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dong Zong melampau, institusi pendidikan hilang taring
link : Dong Zong melampau, institusi pendidikan hilang taring

Baca juga


Dong Zong melampau, institusi pendidikan hilang taring

TIBA-TIBA Dong Zong menunjukkan warna mereka sebenarnya. Sesungguhnya mereka begitu kiasu. Mereka tahu PRU14 kian hampir, inilah masa terbaik untuk mereka membuat apa juga tuntutan termasuk yang melampau. Memang mereka melampau.

Betul itu salah mereka. Tapi kerajaan juga bersalah kerana terlalu memberi muka kepada mereka. Institusi pendidikan juga bersalah, kerana sebagai custodian kepada sistem pendidikan negara mereka telah gagal menasihatkan kepimpinan kerajaan akan tindakan yang bijaksana dan berani dalam melayani tuntutan Dong Zong ini dan puak-puak pro mereka yang tak pernah padam hasrat mereka untuk menghancurkan sistem pendidikan kebangsaan yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan.

Ini yang dinamakan ‘menang sorak kampung tergadai’. Kerajaan beri muka satu hal, sebab mereka mengharapkan akan ada ‘political trade off’ dari percaturan itu. Yang institusi pendidikan hilang taring itu apa hal pulak? Mana perginya integriti pentadbir dan golongan iktisas dalam sistem pendidikan kita?

Begitu juga dengan Kesatuan Guru yang sepatutnya mempertahankan Dasar Pendidikan Nasional? Apa kepentingan mereka untuk trade off dengan puak-puak ini sehinggakan mereka kehilangan taring?

Inilah punca sebenar mengapa Dong Zong jadi melampau, iaitu kerana kerajaan beri muka dan institusi pendidikan hilang taring.

Pemimpin politik tidak perlukan pandangan penganalisis tersohor dalam politik untuk memberitahu mereka warna sebenar puak-puak kiasu ini. Rakyat yang biasa-biasa saja pun tahu. Dalam politik puak-puak kiasu ini ibarat gergaji, menyorong mereka tak rugi, menarik mereka untung. Kerajaan yang ada menang PRU14 nanti mereka tak rugi, jika kalah mereka untung.

Janjilah apa juga dengan mereka ini, kiasu tetap kiasu. Kerajaan yang ada tetap rugi. Rakyat akan semakin marah dan akan menghukum kerajaan. Mereka yang kiasu ini pun akan menghukum kerajaan sekalipun sudah diberi muka. Keretakan sosial kesan dari perlaksanaan sistem pendidikan yang kian bercelaru kerana banyak perkara tergadai, menyebabkan masyarakat yang majmuk ini menjadi fragmented.

Mereka akan menyokong kerajaan yang ada, tapi bukan dengan cara melakukan political trade off dengan mereka. Mereka akan menyokong untuk bersama kerajaan bilamana mereka tahu kerajaan yang ada, yang diterajui Umno, adalah kerajaan yang kuat dan stabil dari segi politik. Maknanya bila Umno kuat, puak-puak ini tak akan rugi, maka mereka mahu dilihat turut menyokong Umno.

Pada hemat saya, fenomena ini, iaitu tuntutan melampau oleh Dong Zong, adalah manifestasi atau cetusan dari pengwujudan puak-puak yang kiasu di kalangan mereka hasil dari sistem pendidikan mereka itu. Mereka langsung tiada rasa hormat kepada sistem pendidikan nasional yang lebih mementingkan pembinaan jatidiri dan bina budaya bangsa sebagai rakyat negara ini. Mereka menjadi puak yang selfish yang mementingkan kiblat budaya mereka saja. Integrasi nasional sepertimana yang termaktub dalam Rukun Negara bukan pedoman mereka.

Jika kerajaan berkompromi dan akur dengan tuntutan mereka maknanya kerajaan terima hakikat bahawa integrasi nasional tidak penting dalam membina Malaysia menjadi sebuah negara yang makmur.

Begitu juga dengan mana-mana pihak yang sekongkol dengan tuntutan mereka ini, pihak-pihak itu juga tidak mementingkan integrasi nasional, sebaliknya mengutamakan agenda-agenda yang kiasu dan cauvinis.

Justeru, dalam menangani isu tuntutan melampau oleh Dong Zong ini kebijaksanaan dan keberanian pemimpin politik dan kepimpinan institusi pendidikan ditagih. Jangan hendaknya mereka ini menjadi golongan penggadai, sanggup mengadaikan sistem pendidikan nasional yang menjamin keutuhan integrasi nasional, hanya kerana takut dan tunduk kepada tuntutan dan gertak mereka.

Hanya kerajaan yang kuat yang mampu menstabilkan dan mengimbangi apa juga tuntutan, menolak mana-mana tuntutan yang tidak munasabah. Mereka tak akan rugi jika kerajaan yang kuat terus memerintah, sebab, selama ini pun mereka dilayani seperti anak emas.

Perlembagaan Persekutuan juga turut melindungi mereka sampai bila-bila. Mereka tidak pernah khuatir tapi mereka tak putus-putus membuat kita semua khuatir.

Cukup-cukuplah berkompromi dengan mereka. Jangan hendaknya kita yang memegang amanah ini pada zaman ini diingati oleh cucu-cicit kita kemudian hari kelak sebagai golongan penggadai maruah negara.

Biarlah puak-puak Dong Zong dan mereka yang bersekutu dengannya kekal menjadi golongan pelampau. Itu sudah menjadi budaya yang sebati dengan mereka kerana itulah yang mereka perolehi dari sistem pendidikan mereka. Janganlah hendaknya kita yang bijaksana ini terikut-ikut dengan rentak mereka.

Yakinilah bahawa kekuatan politik kerajaan yang ada yang ditunjangi Umnolah yang akan menarik mereka untuk bersama kita, bukan melalui political trade off yang menjadi mainan mereka.

Jika kerajaan yang ada setuju dengan pandangan saya ini, carilah usaha untuk menguatkan Umno. Bila Umno kuat BN akan lebih stabil. Bila BN stabil semua parti komponen akan berteduh dan bernaung dibawahnya dengan aman. Dong Zong pun akan berteduh sama di situ. Dong Zong tak akan rugi.

DATUK DR HASAN MAD, Penulis ialah Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM)

The post Dong Zong melampau, institusi pendidikan hilang taring appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Dong Zong melampau, institusi pendidikan hilang taring

Sekianlah artikel Dong Zong melampau, institusi pendidikan hilang taring kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dong Zong melampau, institusi pendidikan hilang taring dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/01/dong-zong-melampau-institusi-pendidikan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :