Judul : Didakwa Menipu, Cara YongHwa (CNBLUE) Masuk Universiti Dipertikai
link : Didakwa Menipu, Cara YongHwa (CNBLUE) Masuk Universiti Dipertikai
Didakwa Menipu, Cara YongHwa (CNBLUE) Masuk Universiti Dipertikai
Nama penyanyi dan pengacara popular Jung YongHwa tiba-tiba panas apabila dikaitkan dengan isu Universiti Kyung Hee di Seoul yang mencetuskan kontroversi sejak beberapa hari lalu.
Walaupun Universiti tersebut dikenali antara pusat pengajian tinggi di Korea yang menjadi pilihan kalangan artis negara itu namun ‘layanan istimewa’ tidak harus wujud kerana ia adalah satu kesalahan dan melanggar peraturan Universiti.
Laporan SBS menyebut dua orang bintang KPop popular telah diterima masuk dan menjalani pengajian di universiti tersebut dengan cara tanpa menghadiri sesi temuduga terlebih dahulu seperti mana yang harus dijalani oleh calon pelajar lain.
Terbaru, media Korea melaporkan, idola dikenali sebagai ‘A’ telah disoal siasat mengenai isu tersebut.
Biarpun laporan berkenaan tidak mendedahkan nama anggota CNBLUE itu namun daripada gambaran yang diberikan, netizen mula berspekulasi bahawa mungkin salah seorangnya adalah YongHwa.
“Idola terkenal telah diterima masuk ke Universiti Kyunghee pada tahun 2016. Dia sepatutnya melalui proses yang betul dan menghadiri sesi temuduga tetapi dia tidak melakukan perkara-perkara ini.
“Itulah sebabnya dia menerima gred 0 untuk proses kemasukan awalnya. Dua bulan kemudian, sekolah itu membuka permohonan untuk pemohon tambahan. Sama seperti kali pertama, idola ini tidak muncul untuk temu duga tetapi kali ini, dia diterima sepenuhnya ke pusat pengajian itu,” lapor SBS.
Netizen mendakwa idola yang dimaksudkan itu ialah seorang anggota band popular selain dia juga seorang pelakon drama dan pengacara. Ciri-ciri tersebut secara tidak langsung ramai berfikir individu adalah Yonghwa.
Selain sebagai vokalis CNBLUE, YongHwa juga pernah membintangi drama beryajuk You Are Beautiful pada tahun 2009. Dia melanjutkan pengajian di universiti berkenaan dalam jurusan Pengajian Bahasa Mandarin.
Sementera itu, agensi pengurusan YongHwa iaitu FNC Entertainment telah mengesahkan idola ‘A’ yang maksudkan pihak media itu ialah YongHwa. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada 17 Januari, FNC memaklum terdapat kekeliruan dan salah faham mengenai kemasukan artisnya itu ke universiti tersebut sehingga mencetuskan kontroversi.
“Benar, Yong Hwa dan kru kami telah disoal siasat oleh pihak berkuasa berkenaan isu tersebut.
“Sebelum ini YongHwa telah beberapa kali menerima tawaran melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjanah jurusan Seni dan pada Januari 2017 dia telah memohon untuk menyambung pengajian. Disebabkan jadualnya yang sibuk, kami yang menguruskan hal permohonannya dan dia sendiri telah menghadiri sesi temuduga.
“Agensi dan YongHwa tidak berniat melanggar peraturan universiti dan walaupun bergelar artis dia tiada sebab untuk berbuat demikian. Kami memohon maaf atas isu ini,” jelas agensi.
Tidak hanya YongHwa, anggota kumpulan Super Junior, Kyuhyun juga dikatakan pernah mendapat ‘layanan istimewa’ untuk kemasukannya ke universiti tersebut. Dia mengikuti pengajian dalam jurusan Post-Modern Music dan telah menerima ijazah pada tahun 2013.
Namun, pihak SM Entertaiment telah menepis dakwaan tersebut. Kyuhyun kini sedang menjalani latihan ketenteraan sejak Mei tahun lalu
Selain itu, nama anggota kumpulan Block B iaitu Zico juga disebut-sebit sekaligus didakwa pernah mendapat ‘layanan istimewa’ untuk kemasukannya, sama seperti Kyuhyun.
The post Didakwa Menipu, Cara YongHwa (CNBLUE) Masuk Universiti Dipertikai appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Didakwa Menipu, Cara YongHwa (CNBLUE) Masuk Universiti Dipertikai
Anda sekarang membaca artikel Didakwa Menipu, Cara YongHwa (CNBLUE) Masuk Universiti Dipertikai dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/01/didakwa-menipu-cara-yonghwa-cnblue.html