Comelnya Khai…

Comelnya Khai… - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Comelnya Khai…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Comelnya Khai…
link : Comelnya Khai…

Baca juga


Comelnya Khai…

PENYANYI Wany Hasrita akui selesa berkawan dengan penyanyi, Khai Bahar namun hubungan mereka tidak lebih daripada rakan sekerja.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, berkata dia dan Khai kerap diundang menjayakan persembahan bersama membuatkan hubungan mereka jadi baik.

“Saya akui menyenangi sikap Khai. Dia seorang yang baik dan mudah dibawa bercerita. Lagi satu, Khai seorang yang ‘clumsy’ tetapi comel.

“Kalau sekali pandang, Khai nampak pemalu, tetapi kalau sudah lama kenal dia banyak cakap. Paling penting, dia seorang yang menghormati orang lain.

“Malah dia selalu berseloroh dengan memuji saya comel. Bagi saya ia satu pujian. Namun, antara kami tidak ada apa-apa yang istimewa sebaliknya hanya rakan sekerja,” katanya kepada Harian Metro.

Wany yang juga finalis Anugerah Juara Lagu-32 berkata, dia tidak ambil hati dengan cakap-cakap peminat yang inginkan mereka menjadi pasangan kekasih.

“Kalau kami ada persembahan bersama, memang banyak IG Stories yang dimuat naik. Malah, kalau muat naik gambar di IG pun banyak yang komen.

“Bagi saya, ia hanya usikan peminat. Mungkin mereka suka melihat kami bersama setiap kali buat persembahan. Saya okey saja dan tidak ada masalah. Jauh sekali nak marah atau ambil hati,” katanya.

Ditanya mengenai soal jodoh, menurut Wany terlalu awal untuknya berfikir ke arah itu.

The post Comelnya Khai… appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Comelnya Khai…

Sekianlah artikel Comelnya Khai… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Comelnya Khai… dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/01/comelnya-khai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :