Azmin calon PM sesuai Pakatan Harapan

Azmin calon PM sesuai Pakatan Harapan - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin calon PM sesuai Pakatan Harapan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin calon PM sesuai Pakatan Harapan
link : Azmin calon PM sesuai Pakatan Harapan

Baca juga


Azmin calon PM sesuai Pakatan Harapan

Bekas pembantu peribadi Ketua Umum PKR, Mohd Saiful Bukhari Azlan mencadangkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai calon yang sesuai diangkat sebagai Calon Perdana Menteri bagi Pakatan Pembangkang.

Jelas Mohd Saiful, walaupun Azmin tidak di kategori dalam golongan muda, namun beliau lebih muda berbanding ‘calon lain’.

“Beliau muda jugalah jika dibandingkan calon PM pembangkang sekarang ini yang sudah 93 tahun. Beliau juga banyak Idea ‘fresh’, bertenaga dan kurang mengamalkan politik lama,” kongsinya di laman Facebooknya.

Dalam pada itu mengimbau kisah lama, Saiful berkata, sewaktu beliau bekerja dengan Anwar dahulu, Azmin dilihat sebagai seorang yang istimewa.

“Azmin sebenarnya adalah “The Brain” di belakang strategi, gerak kerja politik dan pengurusan PKR. Tanpa Azmin, Anwar tidak dapat memimpin parti dengan mantap. Ibarat Anwar hanyalah aktor, dan Azminlah pengarahnya.

“Dilihat sebagai pendiam, tak banyak cakap, namun beliau adalah seorang yang sangat licik dan bijak. Kemas gerak kerja, pengurusan dan mahir berpolitik,” katanya lagi.

Dalam pada itu katanya lagi, sekiranya Azmin tak mahir dalam politik takkan beliau boleh kekalkan Kerajaan Selangor di mana Pas sudah keluar daripada Pakatan Rakyat.

“Jika ikut logik dah lama tumbang Kerajaan Selangor ni. Tapi dengan kebijaksanaan politik Azmin, ia masih dapat bertahan hingga ke hari ini,” katanya.

Katanya lagi, “Azmin juga amat disenangi kawan dan lawan. Tuanku Sultan Selangor kelihatan selesa dengan beliau sebagai MB,”.

“Rakyat Selangor pun suka ‘style’ kepimpinan Azmin. Orang-orang Umno di Selangor pun beliau layan dan beri projek. ‘Its an Open Secret’, tak percaya pergilah ke SUK, Boleh nampak orang-orang Umno berurusan dengan beliau.Itulah Azmin Ali,” katanya.

Mengakhiri perkongsiannya, Saiful berkata, kenyataan ini adalah sekadar pandangan peribadi beliau terhadap Azmin.

“Saya tidak ada kepentingan dengan Azmin. Beliau pun hentam saya. Sekadar memberi pandangan seorang rakyat yang mahukan kesegaran politik,” katanya.

The post Azmin calon PM sesuai Pakatan Harapan appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Azmin calon PM sesuai Pakatan Harapan

Sekianlah artikel Azmin calon PM sesuai Pakatan Harapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin calon PM sesuai Pakatan Harapan dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/01/azmin-calon-pm-sesuai-pakatan-harapan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :