Tunggu skrip siap

Tunggu skrip siap - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tunggu skrip siap, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tunggu skrip siap
link : Tunggu skrip siap

Baca juga


Tunggu skrip siap

Filem aksi permotoran yang pernah mencatat sejarah tersendiri dengan kutipan lebih RM2 juta ketika ditayangkan pada 2007 iaitu Impak Maksima bakal kembali tidak lama lagi.

Pengarahnya, Ahmad Idham Nadzri berkata, ramai peminat filem genre permotoran terutama ‘drifting’ bertanya bilakah dia akan menerbitkan filem Impak Maksima 2?

“Entah kenapa tiba-tiba ramai yang bertanya mengenai perkara itu sehingga ada yang menghantar pesanan secara peribadi di laman sosial saya. Buat masa ini, barisan pelakon asal seperti (Datuk Seri) Eizlan Yusof, Cat Farish dan Awal sudah bersetuju dan hanya menunggu skrip siap,” katanya.

Untuk rendisi kedua ini, pengarah filem Remp-it (2006) itu turut bercadang meletakkan pelakon Hairul Azreen dan Achey Bochey antara watak utama. Katanya, skrip filem aksi itu kini dalam proses akhir bagi memastikan jalan cerita serta aksi yang ditawarkan lebih kemas serta padat.

“Saya akui Impak Maksima dulu ada banyak kelemahan terutama dari segi aksi dan penggunaan kesan khas yang tidak nampak realistik. Ia satu perkara baru ketika itu kerana tidak banyak filem menggunakan teknologi kesan khas, tetapi sekurang-kurangnya saya berani mencuba,” katanya.

Eizlan gembira kerana rakan baiknya itu mahu menghasilkan Impak Maksima 2 selepas melihat adanya permintaan daripada penonton. Ujarnya, perancangan untuk pembikinan Impak Maksima 2 sudah lama dibincangkan.

“Ahmad Idham mementingkan penceritaan dan perkembangan karekter dalam setiap karyanya malah ia sudah pun terbukti sebelum ini. Aksi pula ibarat bunga yang mencantikkan perjalanan sesebuah cerita. Walaupun ada antara karyanya tidak berjaya mendapat kutipan tinggi, itu adalah ketentuan-Nya,” kata Eizlan.

Sambungnya lagi, penangan Impak Maksima juga berjaya membuatkan penonton dan peminat filem tempatan mengenalinya dengan jolokan Abang Joe, iaitu watak yang dipegangnya dalam filem itu.

Imbas kembali kejayaan filem Impak Maksima turut disusuli dua siri televisyen, Impak Maksima the Series pada 2008 dan Rempit vs Impak Maksima (2009) yang disiarkan di TV3.

Pementasan teater Impak Maksima The Musical di Istana Budaya pada 2008 turut meninggalkan kesan tersendiri kepada peminat teater tempatan ketika itu.

Perkembangan lain, pengarah dan penerbit di Aifa Motion Pictures Sdn Bhd itu juga dalam proses praproduksi filem seram adaptasi novel popular berjudul Town Mall yang dijangka menjalani penggambaran awal 2018.

The post Tunggu skrip siap appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tunggu skrip siap

Sekianlah artikel Tunggu skrip siap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tunggu skrip siap dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/tunggu-skrip-siap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :