Judul : Tetap laris walau ‘bocor’ awal tayangan
link : Tetap laris walau ‘bocor’ awal tayangan
Tetap laris walau ‘bocor’ awal tayangan
MESKIPUN tayangan filem Pinjamkan Hatiku ‘bocor’ di Facebook awal bulan ini, kutipannya di pawagam tetap membanggakan apabila mencecah RM3.2 juta selepas 21 hari tayangan di seluruh negara.
Ia sekaligus membuktikan filem Melayu terutama genre cinta romantis masih mendapat tempat di hati penonton tempatan.
Penerbitnya, Datin Nur Furyna Azmeer berharap sokongan ini akan berterusan untuk filem Melayu yang lain.
“Terima kasih kepada semua penonton dan peminat Pinjamkan Hatiku yang menyokong filem ini sehingga meraih kutipan RM3.2 juta setakat hari ini (Rabu).
“Semoga Allah membalas dengan kurnia yang jauh lebih baik daripada yang anda berikan. Saya berharap dengan berbaki lapan hari tayangan di 19 panggung yang masih dibuka di seluruh negara, penonton tidak melepaskan peluang keemasan menyaksikan filem yang sarat dengan emosi dan air mata ini,” katanya kepada Harian Metro.
Kata Furyna, pihaknya menyasarkan filem itu meraih kutipan RM3.5 juta di Malaysia.
“Setakat ini kutipan diterima belum termasuk Singapura dan Brunei. Pun begitu, saya berharap kutipan filem ini akan terus meningkat sehingga tamat ditayangkan,” katanya.
Terdahulu satu laporan polis dibuat selepas rakaman penuh filem berkenaan dimuat naik individu tidak bertanggungjawab di Facebook selepas sehari ditayangkan. Video terbabit ditonton lebih 600 penonton kurang dari 24 jam.
Pinjamkan Hatiku adalah filem cinta romantis dibintangi Ayda Jebat, Shaheizy Sam dan Farid Kamil.
The post Tetap laris walau ‘bocor’ awal tayangan appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Tetap laris walau ‘bocor’ awal tayangan
Anda sekarang membaca artikel Tetap laris walau ‘bocor’ awal tayangan dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/tetap-laris-walau-bocor-awal-tayangan.html