Judul : Tak Sindir Nabila – Janna Nick
link : Tak Sindir Nabila – Janna Nick
Tak Sindir Nabila – Janna Nick
Pelakon Janna Nick menegaskan dia tidak menyindir penyanyi Nabila Razali yang melakukan gimik bercinta dengan pelakon Aedy Ashraf bagi melariskan single terbaharunya, Pematah Hati.
“Kenyataan saya itu tiada kena mengena dengan Nabila atau sesiapa. Setiap penyanyi mempunyai strategi masing-masing untuk mempromosikan lagu mereka.
“Malah, saya kagum dengan Nabila kerana strateginya itu berjaya membuatkan lagunya menjadi trending, bahkan berjaya memecah rekod menjadi penyanyi yang menerima jumlah tontonan tertinggi dalam masa yang singkat di YouTube. Sejujurnya selepas mendengar lagunya, saya sendiri berasakan ia sebuah lagu yang menarik,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!
Tambah bintang drama My Coffee Prince ini lagi, dia berharap tiada lagi pihak yang cuba mengeluarkan kenyataan untuk melaga-lagakannya dengan Nabila.
“Industri seni ini kecil, saya tidak mahu bergaduh dengan sesiapa. Hakikatnya kami okey dan tidak bergaduh, malah, saya turut membuat video lagu nyanyian Nabila. Begitu juga dengan dia yang turut menyanyikan lagu saya.
“Kami saling membantu mempromosikan lagu masing-masing,” ujarnya.
Dalam pada itu, Janna bersyukur lagu Akan Bercinta kini sudah mencecah 1 juta tontonan di YouTube selepas 10 hari dimuat naik di laman tersebut.
The post Tak Sindir Nabila – Janna Nick appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Tak Sindir Nabila – Janna Nick
Anda sekarang membaca artikel Tak Sindir Nabila – Janna Nick dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/tak-sindir-nabila-janna-nick.html