Judul : Super Lawak FC ‘mengganas’ menang 10-4
link : Super Lawak FC ‘mengganas’ menang 10-4
Super Lawak FC ‘mengganas’ menang 10-4
PASUKAN Super Lawak FC berjaya mencatatkan kemenangan besar 10-4 dalam perlawanan bola sepak amal SINAR4ROHINGYA menentang pasukan pilihan Smart Selangor/Sinar Harian, sebentar tadi.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ ini menyaksikan pasukan Super Lawak FC menguasai keseluruhan perlawanan dan bermula selesa dengan 4-0.
Antara selebriti yang berjaya menjaringkan gol bagi Super Lawak FC adalah Jep Sepahtu dan Syaiful Zero (Melati).
Advertisement
Penonton turut dihiburkan dengan persembahan daripada Ronnie Husin, Nabila Razali dan juga seorang pendatang baharu, Aiman Akasyah.
Menurut Penyelaras Sekteriat #SINAR4ROHINGYA, Lailatun Halilah Nasir, perlawanan amal anjuran Kelab Generasi Sahabat Dinamik Malaysia (Genesis) dan Sinar Harian Edisi Selangor/KL ini adalah bertujuan mengumpul dana bagi tabung #SINAR4ROHINGYA yang diselaraskan oleh Sinar Harian.
Menurut beliau, Sekteriat #SINAR4ROHINGYA juga berterima kasih kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) Selangor yang sudi bekerjasama menjayakan program amal ini dan juga MBPJ yang menjadi penaja venue perlawanan.
“Kami sentiasa berusaha menganjurkan pelbagai program amal bagi mengisi tabung Sinar4Rohingya yang digerakkan sejak lima bulan lalu oleh Sinar Harian dengan sokongan pelbagai NGO lain.
“Perlawanan amal ini juga sebagai salah satu platform kita untuk mengajak masyarakat menghulurkan sumbangan sambil menonton perlawanan bolasepak antara Super Lawak FC dan Pilihan Sinar Harian/Smart Selangor,” katanya.
Katanya, kesemua hasil kutipan pas masuk itu akan disalurkan terus kepada tabung #SINAR4ROHINGYA.
Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada badan-badan korporat dan NGO yang sudi menaja pas masuk kepada orang ramai seperti Kumpulan Perangsang Selangor, Majlis Belia Malaysia, Restoran Kedai Bonda, Litrak dan juga Persatuan Alumni Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah.
The post Super Lawak FC ‘mengganas’ menang 10-4 appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Super Lawak FC ‘mengganas’ menang 10-4
Anda sekarang membaca artikel Super Lawak FC ‘mengganas’ menang 10-4 dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/super-lawak-fc-mengganas-menang-10-4.html