Sufian Suhaimi ‘tolak jolokan penyanyi air mata’

Sufian Suhaimi ‘tolak jolokan penyanyi air mata’ - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sufian Suhaimi ‘tolak jolokan penyanyi air mata’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sufian Suhaimi ‘tolak jolokan penyanyi air mata’
link : Sufian Suhaimi ‘tolak jolokan penyanyi air mata’

Baca juga


Sufian Suhaimi ‘tolak jolokan penyanyi air mata’

PENYANYI Sufian Suhaimi mengakui pada fasa sekarang, dia masih lagi berada di tahap eksperimentasi terhadap setiap karya yang dihasilkan.

Ditanya sama ada dia selesa untuk digelar ‘penyanyi air mata’ kerana sinonim dengan lagu cinta sedih yang mendayu-dayu, penyanyi berusia 25 tahun itu bagaimanapun menjelaskan, dia cuba menjadi penyanyi serba boleh, meski tidak menolak lagu jiwang cukup dekat dengan dirinya.

“Saya tidak mahu meletakkan diri di mana-mana posisi kerana pada tahap sekarang, saya masih lagi cuba bereksperimen terhadap setiap lagu yang saya hasilkan.

“Saya tidak boleh letakkan diri sebagai ‘penyanyi air mata’ hanya kerana jiwa saya dekat dengan lagu-lagu sedemikian. Memandangkan, saya sendiri tidak tahu apakah genre lagu yang bakal dihasilkan untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

“Jadi buat masa sekarang, saya lebih selesa menjadi penyanyi versatil, yang boleh membawa dan mencipta pelbagai genre lagu, Insya-ALLAH,” kata Sufian kepada Sinar Harian.

Mengulas mengenai single terkininya berjudul Terasa Ada ciptaan bersama Sirkhan, penyanyi ini menyifatkan lagu tersebut mempunyai sisi berbeza daripada single terdahulu.

“Atas sebab tidak mahu statik dengan lagu hampir sama saja, saya cuba beri kelainan terhadap Terasa Ada. Kalau perasan, lagu sebelum ini lebih kepada soal meratapi cinta, namun kali ini saya cuba alihkan penceritaan lagu tersebut. Terasa ada lebih kepada meraikan cinta jejaka buat gadis yang dicintainya,” jelas Sufian yang turut merancang mahu menghadiahkan sebuah lagu istimewa khas buat tunang tersayang, Elfira Loy.

Meski setakat ini perancangan tersebut belum mampu untuk direalisasikan, anak jati Johor itu tidak menolak untuk mencipta lagu buat Elfira pada masa depan.

“Memang ada niat untuk nukilkan lagu untuknya. Tapi itulah, perasaan itu masih belum sampai sebab saya bukan jenis yang paksa diri untuk hasilkan sesebuah lagu. Saya lebih selesa andai ilham itu hadir secara spontan. Lazimnya, bila sudah dapat melodi, barulah saya akan cuba tulis liriknya pula.

“Dia (Elfira) tidaklah minta atau paksa saya untuk hasilkan lagu untuknya. Cuma adalah beberapa kali dia minta saya untuk cover lagu yang menjadi kegemarannya,” kata pasangan yang telah pun mengikat tali pertunangan di kediaman pihak perempuan Mac lalu

The post Sufian Suhaimi ‘tolak jolokan penyanyi air mata’ appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Sufian Suhaimi ‘tolak jolokan penyanyi air mata’

Sekianlah artikel Sufian Suhaimi ‘tolak jolokan penyanyi air mata’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sufian Suhaimi ‘tolak jolokan penyanyi air mata’ dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/sufian-suhaimi-tolak-jolokan-penyanyi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :