Judul : Serah kepada Fattah beri penjelasan sendiri
link : Serah kepada Fattah beri penjelasan sendiri
Serah kepada Fattah beri penjelasan sendiri
BERIKUTAN kekecohan yang berlaku di program MeleTop semalam apabila pelakon Fattah Amin yang dijadualkan untuk muncul mempromosikan drama terbaru lakonannya, My Coffee Prince menarik diri pada saat-saat akhir, pelbagai versi cerita mula disebarkan pelbagai pihak.
Apatah lagi Fattah pada awalnya dikatakan sudah berada di belakang pentas dan bersiap sedia untuk muncul bersama para pelakon lain, namun tiba-tiba hilang dan tidak kelihatan pada segmen tersebut.
Sinar Harian cuba untuk menghubungi Fattah bagi mendapatkan penjelasan tentang sebab sebenar dia meninggalkan studio MeleTop sebelum sempat membuat kemunculan dalam segmen yang telah dijadualkan untuk barisan pelakon My Coffee Prince.
Bagaimanapun usaha tersebut gagal apabila panggilan dan pesanan yang diberikan menerusi aplikasi WhatsApp itu tidak dijawab oleh Fattah.
Sementara itu, wakil syarikat pengurusan Fattah, FazStyle iaitu Acha ketika dihubungi juga enggan memberikan komen lanjut dan menyerahkan kepada Fattah sendiri untuk membuat penjelasan.
Sebagaimana yang dilaporkan oleh portal MStar semalam, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, Fattah sememangnya sudah muncul di belakang pentas MeleTop, namun perlu bergegas pulang kerana ada hal kecemasan.
Mei lalu, Fattah juga pernah dikecam kerana tidak hadir dalam program yang sama.
Bagaimanapun ketika itu, Fattah memberikan alasan salah faham sebagai sebab dia tidak muncul dalam program yang dikendalikan oleh Neelofa dan Nabil Ahmad itu.
The post Serah kepada Fattah beri penjelasan sendiri appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Serah kepada Fattah beri penjelasan sendiri
Anda sekarang membaca artikel Serah kepada Fattah beri penjelasan sendiri dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/serah-kepada-fattah-beri-penjelasan.html