Selepas 3 tahun baru lagu Tak Tun Tuang popular

Selepas 3 tahun baru lagu Tak Tun Tuang popular - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selepas 3 tahun baru lagu Tak Tun Tuang popular, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selepas 3 tahun baru lagu Tak Tun Tuang popular
link : Selepas 3 tahun baru lagu Tak Tun Tuang popular

Baca juga


Selepas 3 tahun baru lagu Tak Tun Tuang popular

PENYANYI dari Sumatera Barat Upiak Isli tidak menyangka lagu yang dihasilnya pada 2014 ‘Tak Tun Tuang’ menjadi terkenal selepas seorang daripada peminatnya memuat naik lagu itu dalam laman sosial baru-baru ini.

Lagu hasil nukilan Upiak, atau nama asalnya Silvia Nanda, 32, yang berbentuk jenaka dan menghiburkan itu telah ditonton di YouTube oleh lebih sejuta penonton sejak video tersebut diviralkan dua minggu lepas.

“Saya telah menghasilkan 19 buah album sejak aktif menyanyi ketika berusia 13 tahun, Saya tidak menyangka hanya lagu dalam album ke-14 menjadi popular,” katanya  kepada Bernama selepas menjadi tetamu program ‘Nine 11’ terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama, di sini hari ini.

Beliau juga tidak silu mengakui menangis kerana terharu dengan sambutan luar biasa terhadap lagu berkenaan.

Anak sulung daripada  tiga beradik yang berasal dari Padang, Sumatera Barat, Indonesia itu berkata, lagu berkenaan dihasilkan pada 2014 bersama-sama rakannya Ardi Tanjung yang bermain gitar.

“Lagu itu menceritakan kisah lawak mengenai seseorang yang tidak mandi turut mendapat sambutan di luar negara,” katanya.

Lagu ‘Tak Tun Tuang’ yang berdurasi 3:35 saat itu kini berada di bawah naungan MVM Production Sdn Bhd.

Sementara itu, walaupun terpisah jauh, penyanyi Najwa Mahiaddin, 31, serta penyanyi dan penulis lirik Singapura Imran Ajmain, 36 memanfaatkan pelbagai platform media sosial untuk berkolaborasi menghasilkan album pertama mereka.

‘Sentiasa Merinding’ yang mengabungkan unsur muzik Melayu klasik dengan R &  B bertemakan hubungan dan perasaan cinta di antara dua individu telah dihasilkan semasa Najwa  berada di New York, Imran di Belanda dan teman mereka Az Avex Azman di Australia.

“Biarpun berada di luar negara dan perbezaan waktu tetapi  kami menggunakan kemudahan  Internet untuk berinteraksi,” kata Imran yang pernah popular dengan lagu ‘Seribu Tahun’.

Imran berkata walaupun beliau telah mengenali Najwa sejak 11 tahun lalu, hanya baru-baru ini mampu berduet dan menghasilkan lagu bersama.

The post Selepas 3 tahun baru lagu Tak Tun Tuang popular appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Selepas 3 tahun baru lagu Tak Tun Tuang popular

Sekianlah artikel Selepas 3 tahun baru lagu Tak Tun Tuang popular kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selepas 3 tahun baru lagu Tak Tun Tuang popular dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/selepas-3-tahun-baru-lagu-tak-tun-tuang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :