‘Saya tidak tahu ia salah’

‘Saya tidak tahu ia salah’ - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Saya tidak tahu ia salah’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Saya tidak tahu ia salah’
link : ‘Saya tidak tahu ia salah’

Baca juga


‘Saya tidak tahu ia salah’

“SAYA tidak tahu merakam filem di pawagam itu salah, kalau tahu saya tidak akan lakukan,” kata pekerja pendawaian elektrik, Mohamad Shafiq Adam, 21, ketika membuat permohonan maaf secara terbuka kepada produksi filem Pinjamkan Hatiku pada sidang media, hari ini.

Shafiq mengaku merakamkan filem arahan Osman Ali itu secara langsung menerusi akaun Facebook miliknya di pawagam ketika tayangan tengah malam di Kuala Terengganu, 1 Disember lalu.

Katanya, itu kali pertama dia buat Facebook Live hanya untuk suka-suka.

“Saya tidak tahu pula perbuatan itu salah. Kalau tahu salah, saya tidak akan melakukannya,” katanya.

Kata Shafiq, dia merakamkannya dengan telefon bimbit yang disorok dalam baju sejuk.

“Saya duduk di bahagian tengah dan sepanjang rakaman, tidak disedari pekerja pawagam.

“Tidak lama selepas itu, saya menerima mesej peribadi dari pihak produksi di Facebook selain ada beberapa individu turut meminta memadamkan rakaman itu,” katanya.

Shafiq sanggup menerima hukuman setimpal dan berharap masyarakat mengambil iktibar supaya kejadian seperti ini tidak berulang.

“Saya minta maaf kepada penerbit, pengarah dan semua pihak terbabit atas kesalahan,” katanya.

Hadir sama bersama Osman ialah Penerbit Eksekutif, Datuk Saiful Safwan dan Penerbit, Yus Yusop.

Osman berkata, pihaknya membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 4 Disember lalu.

“Sebelum ini kejadian sama berlaku pada filem Kau Yang Satu dan difahamkan individu terbabit melakukannya kerana mahu melariskan produknya.

“Rakaman kali ini tidak ditonton ramai orang tetapi turut memberi impak kerana jalan ceritanya didedahkan kepada umum,” katanya.

Ditayangkan di pawagam sejak 30 November, Pinjamkan Hatiku terbitan bersama Aurawhite Global Sdn Bhd dan Nuansa Production, mencatat kutipan RM1.8 juta untuk tempoh tujuh hari.

The post ‘Saya tidak tahu ia salah’ appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel ‘Saya tidak tahu ia salah’

Sekianlah artikel ‘Saya tidak tahu ia salah’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Saya tidak tahu ia salah’ dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/saya-tidak-tahu-ia-salah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :