Judul : Pitch Perfect 3 angkat elemen ‘Girl Power’
link : Pitch Perfect 3 angkat elemen ‘Girl Power’
Pitch Perfect 3 angkat elemen ‘Girl Power’
BAKAL ditayangkan pada penghujung tahun ini, filem francais, Pitch Perfect 3 menjanjikan kepuasan buat peminat.
Mula meraih perhatian sejak filem edisi pertamanya, Pitch Perfect 3 yang terajui Anna Kendrick, Rebel Wilson, Elizabeth Banks dan Brittany Snow ini bakal membawa penonton menyelami konflik yang melanda mereka sepanjang proses menyertai pertandingan nyanyian.
Mengambil tema dan pendekatan mengangkat kaum wanita, Pitch Perfect yang sinonim dengan elemen mencuit hati, Pengarahnya, Trish Sie mengakui cukup teruja dan tidak sabar menanti respons penonton seluruh dunia terhadap sentuhannya yang menelan kos pembikinan USD 45 juta ini.
“Menjadi suatu pengalaman menarik apabila berpeluang bekerjasama dengan produksi yang profesional dan matang di dalam segala hal. Baik dari segi komitmen pelakonnya sehinggalah kepada kru. Saya sangat berbesar hati dan mungkin kerana faktor tersebut menjadikan filem ini sebagai sebuah naskhah yang paling dinantikan,” katanya seperti yang dipetik menerusi sebuah temu bual.
Pada masa sama, pengarah filem Step Up: All In pada tahun 2004 ini juga berbangga kerana menjadi sebahagian karyawan wanita yang turut menyumbang tenaga terhadap filem berkenaan.
“Paling saya tekankan di dalam siri kali ini ialah semangat girl power. Sama ada dari sisi penceritaan dan mesej yang ingin disampaikan. Malah, filem ini juga diterbitkan, ditulis dan diarahkan oleh pengarah wanita dan pastinya kami bangga. Setidak-tidaknya, karya dan hasil kerja kami dipandang oleh gender yang lain juga,” kongsi Sie jujur.
Sementara itu, Anna Kendirck yang turut menjadi tunjang utama filem ini juga mengakui, sejak terlibat di dalam siri Pitch Perfect, dia sudah boleh jangka filem ini bakal mengumpul pengikut yang tersendiri.
“Ya, dari awal lagi saya sudah boleh jangka kerana kandungannya bukan kosong. Sementara elemen humor dan perjalanan watak-wataknya juga realistik. Jadi tidak hairan jika siri ketiganya menjadi antara naskhah yang dinanti selepas kejayaan sekuel sebelumnya. Satu situasi yang menarik dan saya juga turut berkongsi hal ini dengan rakan pelakon lain,” jelasnya.
Sementara itu, Elizabeth Banks juga tidak sabar untuk melihat maklum balas penonton terhadap sekuel terakhir filem ini.
“Kami terlibat secara langsung untuk filem ini sejak lapan tahun lalu dan pastinya peluang menjadi sebahagian daripada keluarga Pitch Perfect 3 adalah sesuatu yang membanggakan. Saya menghargai peluang yang diberikan apabila kami berkesempatan berkongsi emosi bersama,” kongsinya.
The post Pitch Perfect 3 angkat elemen ‘Girl Power’ appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Pitch Perfect 3 angkat elemen ‘Girl Power’
Anda sekarang membaca artikel Pitch Perfect 3 angkat elemen ‘Girl Power’ dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/pitch-perfect-3-angkat-elemen-girl-power.html