Nyanyian ‘ke laut’, Vida mahu belajar vokal

Nyanyian ‘ke laut’, Vida mahu belajar vokal - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nyanyian ‘ke laut’, Vida mahu belajar vokal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nyanyian ‘ke laut’, Vida mahu belajar vokal
link : Nyanyian ‘ke laut’, Vida mahu belajar vokal

Baca juga


Nyanyian ‘ke laut’, Vida mahu belajar vokal

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Vida mengikuti kelas vokal bersama penyanyi Hazami sebagai persediaan untuk single kedua nanti.

Vida yang menghasilkan single I Am Me sebelum ini, kali ini memilih lagu balada.

Katanya, dia sedar vokalnya tidak bagus tetapi mahu lagu keduanya ada perubahan.

“Saya akui vokal tidak bagus, kalau menyanyi pun pasti ‘ke laut’. Apabila mahu menghasilkan lagu kedua, saya perlukan pembaharuan dan peningkatan dari segi nyanyian.

“Memandangkan single kedua ini berentak balada, saya perlukan kelas vokal kerana mahu menyanyikan nada tinggi mengikut kemampuan diri,” katanya.

Kata Vida, dia berjumpa Hazami dan menyatakan hasrat untuk belajar vokal.

Bagaimanapun katanya, buat masa sekarang Hazami sibuk dengan program Gegar Vaganza 4 (GV4) dan dia perlu tunggu.

“Saya yakin lagu ini boleh pergi jauh seperti single pertama. Saya pilih lagu balada kerana minat lagu jiwang atau berentak ala 90-an. Kalau berkaraoke pun, saya pilih rentak ini.

“Kali ini saya bekerjasama dengan komposer lain. Siapa komposer itu, biarlah saya rahsiakan dulu.

“Insya Allah kalau semuanya berjalan lancar, lagu ini bakal dilancarkan tahun depan,” katanya.

Vida juga memuji lagu nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat, Abang Nak Tegur.

“Secara peribadi saya suka lagu ini meski mendapat ‘dislike’ tinggi di laman YouTube. Bagi saya, apa saja maklum balas orang ia tetap satu bentuk promosi.

“Sebagai rakan seperjuangan, saya menyokong keputusan mereka merakamkan lagu. Tidak timbul istilah mereka ingin bersaing atau mencabar lagu saya. Setiap lagu ada kelebihan dan keunikan tersendiri.

“Saya juga tidak sabar melihat hasil muzik video lagu ciptaan Edry KRU itu yang khabarnya menjalani penggambaran di luar negara,” katanya.

The post Nyanyian ‘ke laut’, Vida mahu belajar vokal appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Nyanyian ‘ke laut’, Vida mahu belajar vokal

Sekianlah artikel Nyanyian ‘ke laut’, Vida mahu belajar vokal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nyanyian ‘ke laut’, Vida mahu belajar vokal dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/nyanyian-ke-laut-vida-mahu-belajar-vokal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :