Nabila Razali tiada niat tipu peminat!

Nabila Razali tiada niat tipu peminat! - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nabila Razali tiada niat tipu peminat!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nabila Razali tiada niat tipu peminat!
link : Nabila Razali tiada niat tipu peminat!

Baca juga


Nabila Razali tiada niat tipu peminat!

PENYANYI dan pelakon, Nabila Razali menegaskan tidak pernah berniat untuk menipu peminat berhubung ‘kisah cintanya’ dengan bintang meningkat naik, Aedy Ashraf.

Bahkan, selebriti berusia 25 tahun ini mengakui tidak pernah memberi apa-apa kenyataan berkaitan hubungan mereka.

“Saya tak rasa saya menipu peminat. Lagipun, selama ini saya tak pernah mengatakan apa-apa pun mengenai hubungan kami. Saya cuma post gambar dan peminat yang membuat spekulasi sendiri,” katanya pada Sinar Harian.

Sebelum ini, kecoh apabila Nabila memuat naik gambar mesra bersama Aedy di laman Instagramnya dengan kapsyen romantis tanpa sebarang penjelasan lanjut.

Bagaimanapun, ‘kisah cinta’ itu hanyalah sekadar lakonan dan gimik untuk muzik video terbaru, Pematah Hati ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.

“Kerana spekulasi peminat itu juga yang menjadikan ‘kisah cinta’ kami berkembang sejauh ini. Sebenarnya, saya tak sangka ia tular seluas ini, tapi dari sudut yang lain, ia sambutan yang positif untuk pendengar fahami jalan cerita lagu itu.

“Tapi, saya pun pelik kenapa hanya gambar saya dan Aedy saja yang jadi tumpuan ramai sedangkan saya ada juga post gambar dengan orang lain,” katanya sambil tertawa.

Bekas peserta Akademi Fantasia 2013 ini mengakui hatinya lega apabila dapat menjelaskan kedudukan yang sebenar.

“Jujurnya, saya sangat lega sebab ada satu tahap saya merasakan semoga cepat habis. Lagi lama dibiarkan, lagi aneh-aneh cerita yang timbul. Saya tak larat nak teruskan lakonan, lagi pula saya ini berkawan dengan ramai orang dan semuanya bertanyakan perkara sama.

“Malah, saya sebenarnya agak tertekan bila mula jadi kecaman sampai kata saya memalukan golongan wanita. Tapi, saya tak malu pun, sebab apa yang dibuat ini sebahagian kerja,” katanya.

Mengulas mengenai muzik video tersebut, Nabila berkata ia diarahkan dua pemuda dari Romania digelar Storytellrs. Kesemua idea dalam muzik video itu daripada mereka sendiri dan ia siap sepenuhnya dalam tempoh tiga minggu.

“Ramai wanita yang pernah alami rasa patah hati dan saya yakin mereka boleh menjiwai lagu ini dengan baik. Lagu ini beri semangat kepada wanita patah hati teruskan kehidupan,” katanya.

Selain Aedy muncul sebagai kekasih, muzik video itu turut tampilkan rakan baiknya iaitu Yaya Zahir, Syada Amzah dan Adriana Adnan sebagai tetamu istimewa.

Percubaan Nabila ternyata membuahkan hasil apabila ia mendapat lebih 500,000 tontonan di YouTube hanya selepas 24 jam ia dilancarkan.

Tangguh pengajian

Nabila mengakui, kerjaya lakonannya juga semakin berkembang maju. Sebelum ini, anak jati Selangor ini mencipta nama menerusi drama bersiri Hikayat Cinta Si Pematah Hati, selain muncul dalam dua telelefilem, Bibik Aku Nak Kahwin dan Ustaz Baru Nak Start.

“Sebenarnya, saya minat menyanyi tapi saya lihat rezeki saya lebih kepada lakonan. Tapi, kerana kedua-duanya berkaitan dalam bidang seni jadi tak kisah,“ katanya.

Rentetan itu, Nabila buat keputusan menangguhkan seketika pengajian peringkat Sarjana dalam jurusan seni bina di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

“Buat masa ini, saya dapat banyak tawaran lakonan serta nyanyian, rugi jika melepaskan peluang yang ada,” katanya.

Nabila juga bakal muncul dalam drama bersiri 26 episod, Matahari Terang Lagi

The post Nabila Razali tiada niat tipu peminat! appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Nabila Razali tiada niat tipu peminat!

Sekianlah artikel Nabila Razali tiada niat tipu peminat! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nabila Razali tiada niat tipu peminat! dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/nabila-razali-tiada-niat-tipu-peminat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :