Kritik sinis sikap Melayu

Kritik sinis sikap Melayu - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kritik sinis sikap Melayu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kritik sinis sikap Melayu
link : Kritik sinis sikap Melayu

Baca juga


Kritik sinis sikap Melayu

Sebagai sebuah karya adaptasi novel berjudul sama, Jibam memberi perspektif besar dalam premis yang sederhana.

Jujurnya, Jibam adalah filem yang mempunyai elemen yang tajam mengkritik nilai dan sikap bangsa Melayu, tetapi dalam penyampaian secara sinis, ringan dan komikal.

Ia menegur jelas sikap negatif bangsa Melayu kolot yang mempunyai sikap tamak, dengki, perebutan harta, panas baran, amuk, adu-domba, percaya kepada tahyul dan sebagainya.

Semua nilai itu ditonjolkan melalui watak orang kampung dan keluarga Jibam sendiri. Paling ketara pada watak Tok Ngah Sudin, Fakir, Usin Singai, Kadir dan Piah.

Pada masa sama, ia turut menjadikan paksi jujur, amanah, ikhlas, setia dan cinta, tetapi melalui watak Jibam sendiri.

Bahasa filem melalui karakter, kerja kamera, syot, dialog, babak dan aspek lain jelas menyentuh beza dua sisi optimis dan pesimis bangsa Melayu.

Mungkin jika penonton pernah membaca novel Jibam dan melihat dengan mata hati, segala sisi itu dapat dilihat dengan jelas.

Dari segi teknikal, filem ini membuka babak dengan besar melalui gambaran hutan belukar, sungai dan suasana kampung yang memukau.

ANTARA babak menarik Tok Ngah Sudin dan Jibam.
Sinematografi dan kerja kameranya layak dijaja ke festival filem antarabangsa luar negara. Begitu juga lontaran lakonan oleh Bohari Ibrahim, Syafie Naswip dan Farah yang berada pada tahap terbaik tersendiri.

Pun begitu, di sebalik keindahan dan kehebatan fizikal filem, proses suntingan penceritaan filem Jibam ini lemah terutama pada babak-babak akhir seolah-olah filem ini terlalu cepat mahu dihabiskan.

Disebabkan itu, beberapa babak yang mempunyai momen besar kelihatan kurang diberi ruang sewajarnya untuk berkembang.

Antaranya apabila babak Tok Ngah Sudin mula menyesal dengan perbuatan jahatnya sebelum ini dan Jibam pula cuba memujuk lelaki itu ‘berkawan’ dengannya.

Momen perubahan sikap antara Tok Ngah Sudin dan Jibam sewajarnya diberi ruang lebih luas untuk berkembang supaya motif penyesalan itu lebih memberi kesan kepada penonton.

Rumusannya, Jibam adalah filem yang wajib ditonton jika penonton rindukan sebuah filem ‘kampung’ tetapi mempunyai elemen besar yang mampu mengubah perspektif hati.

Ditambah pula dengan elemen hubungan komikal di antara watak Tok Ngah Sudin dan Jibam, menjadikan filem ini lebih santai.

Satu lagi, filem ini adalah jawapan kepada mereka yang sering mencanang dalam media sosial kononnya dahagakan sebuah filem berkualiti soal bangsa dan budaya. Nah! Ini masanya untuk anda buktikan kata-kata!

The post Kritik sinis sikap Melayu appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kritik sinis sikap Melayu

Sekianlah artikel Kritik sinis sikap Melayu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kritik sinis sikap Melayu dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/kritik-sinis-sikap-melayu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :