Judul : Kerana iklan, Datuk Jimmy Choo dituduh seksis
link : Kerana iklan, Datuk Jimmy Choo dituduh seksis
Kerana iklan, Datuk Jimmy Choo dituduh seksis
GARA-gara iklan, Datuk Jimmy Choo dituduh seksis oleh orang ramai.
Iklan #MeToo tersebut dikeluarkan pada November lalu namun hanya baru-baru ini menjadi tular di media sosial, Twitter lapor Metro.Co.Uk.
Dalam iklan tersebut, model, Cara Delevigne dilihat berjalan di kaki lima dan kelihatan beberapa lelaki memuji kasut yang dipakainya.
Sekali pandang seolah tidak mempunyai makna lain tetapi ada netizen yang mempertikaikan iklan tersebut seperti bersikap seksis terhadap wanita.
Seorang pengguna Twitter, Bonnie Bauman, memerli usahawan tersebut mengatakan semua wanita suka diganggu saat berjalan di kaki lima.
“Kerana diganggu sewaktu berada di kaki lima New York adalah sesuatu yang ‘cool’, seksi dan seronok! Sila faham maksud, Jimmy Choo!” tulisnya.
Seorang lagi penguna Twitter, ThrowbacksNarry turut meluahkan rasa kecewanya terhadap iklan tersebut.
“Saya sukakan Cara, tapi dalam iklan Jimmy Choo itu seolah mempromosikan sesuatu yang salah.
“Iklan tersebut menunjukkan mengganggu wanita (‘cat calling’) adalah dibenarkan dan juga jika wanita ingin disedari oleh lelaki haruslah melalui apa yang mereka pakai dan gaya mereka berjalan,” tulisnya.
Namun begitu, ada juga yang mempertahankan iklan tersebut seperti pengguna Twitter, Michael Deehan.
“Iklan Jimmy Choo itu tidak seksis langsung. Lelaki itu memuji kasutnya, bukannya dia puji ‘benda’ lain,” tulisnya.
Turut menyokong adalah pengguna Twitter Karina SwanS.
“Saya ada berita tergempar untuk anda, iklan tersebut bukanlah penyebab gangguan terhadap wanita di atas jalan berpanjangan.
“Orang jahat akan wujud tidak kira berapa banyak iklan seperti itu ditayangkan atau tidak dan mereka bukannya tengok pun iklan itu,” tulisnya.
Setakat ini, baik Jimmy Choo mahupun Delevigne memberikan respon terhadap perkara ini namun Choo sudah memadam tweet iklan berkenaan di laman Twitternya.
The post Kerana iklan, Datuk Jimmy Choo dituduh seksis appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Kerana iklan, Datuk Jimmy Choo dituduh seksis
Anda sekarang membaca artikel Kerana iklan, Datuk Jimmy Choo dituduh seksis dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/kerana-iklan-datuk-jimmy-choo-dituduh.html