Katharsis, album terakhir Search

Katharsis, album terakhir Search - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Katharsis, album terakhir Search, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Katharsis, album terakhir Search
link : Katharsis, album terakhir Search

Baca juga


Katharsis, album terakhir Search

MENYIFATKAN sebagai naskhah studio yang terakhir, kumpulan rock terkenal, Search mengambil tempoh selama 700 jam untuk menyiapkan album terbaru mereka, Katharsis.

Lebih istimewa, Khatarsis merupakan album ke-12 diterbitkan selepas menghasilkan album Gothik Malam Edan pada 2006.

Lantaran itu, vokalisnya, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy berkata, pembikinan album tersebut turut mencipta sejarah tersendiri kerana ia adalah naskhah paling lama untuk disiapkan.

“Kami memulakan projek album ini sejak Ramadan lalu. Masa masuk studio memang tak ada idea langsung tapi dari situlah ia berkembang dan akhirnya terhasil sebuah album.

“Kami berpuas hati sebab hasilnya bukan sahaja melambangkan Search tetapi sarat dengan elemen dan bunyi lebih berkualiti,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, Khatarsis bermaksud penyucian, pembersihan dan ‘pengaslian’ jiwa, sekali gus menggambarkan keadaan yang dialami Search pada masa ini.

Bahkan, menurut Amy, kontroversi demi kontroversi yang melanda Search langsung tidak mengganggu perjalanan proses rakaman album tersebut.

Jelasnya, kumpulannya sangat komited malah memberi sepenuh tumpuan terhadap buah tangan terbaru mereka.

“Apa-apa pun, kita harus move on dan fokus pada perkara yang lebih baik, bukannya berfikir mengenai hal yang lalu.

“Masalah tetap masalah. Itu hakikat, kita selesai satu persatu. Tetapi untuk proses album ini kami tak akan biarkan ia mengganggu.

“Lagipun, album ini sangat istimewa khas buat tiga generasi pengikut tegar kami,” katanya.

Malah, Amy turut memberi bayangan bayangan Katharsis adalah naskhah studio terakhir yang mungkin dihasilkan.

“Lihat saja, nak hasilkan album ini pun menunggu hampir 12 tahun. Jika ditanya, saya sendiri tiada jawapan bila album seterusnya akan dibuat. Mungkin ini yang terakhir daripada Search.

“Hakikatnya, banyak faktor perlu diambil kira sebelum menghasilkan produk studio baru. Jika ada pun material dan wang, kena lihat pula usia kami. Saya sendiri akan mencecah usia 60 tahun pada tahun depan,” katanya.

Untuk album terbaru ini, Search kembali menggunakan khidmat Datuk M Nasir yang sebelum ini banyak menerbitkan album terdahulu Search.

Malah, lagu Sidang Kangaroo ciptaan M Nasir dan lirik Ishmael MS dipilih sebagai single pertama album berkenaan.

Di bawah label Pawana Music, album itu memuatkan 10 buah lagu selain turut  menjalinkan kerjasama dengan S Amin Shahab, Usop dan Buddi Hekayat.

Search juga dijadualkan muncul pada konsert Gegaran! anjuran Dcode Dunia Juara yang turut menampilkan band popular Indonesia dan tempatan seperti Nidji, Bunkface dan Hujan di Tapak Bazarena, Shah Alam pada 2 Disember ini.

The post Katharsis, album terakhir Search appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Katharsis, album terakhir Search

Sekianlah artikel Katharsis, album terakhir Search kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Katharsis, album terakhir Search dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/katharsis-album-terakhir-search.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :