Judul : Jay-Z mengaku pernah curang
link : Jay-Z mengaku pernah curang
Jay-Z mengaku pernah curang
DALAM satu temubual baru-baru ini, penyanyi Rap, Jay-Z mengakui bahawa dia pernah tidak setia kepada isterinya, Beyonce lapor NME.
Jelasnya, kecenderungannya untuk ‘menutup emosi’ sewaktu konflik menyebabkan berlakunya kecurangan.
“Saya dibesarkan untuk menjadi seorang ‘lelaki’, jadi bila ada masalah saya akan terus tutup emosi, bila perkara sama jadi dengan Beyonce, itu yang menyebabkan saya tidak setia kepadanya.
“Melalui sesi terapi yang saya lalui, saya lebih mengenali diri sendiri seterusnya membuatkan saya berfikiran lebih luas,” katanya.
Sementara itu, keputusan Jay-Z dan Beyonce untuk fokus pada album masing-masing iaitu ‘4:44’ dan ‘Lemonade’ juga seperti terapi yang menyembuhkan perkahwinan pasangan tersebut.
“Kebanyakan orang bila jadi isu macam ini, mereka akan ‘angkat kaki. Lari daripada masalah namun terapi kami berdua adalah album.
“Pada awalnya kami rancang nak buat album bersama tapi bila ia tidak terjadi, kami banyak berbincang dan seolah seperti terapi bila berbuat demikian.
“Kami banyak berbual soal muzik dah di penghujungnya membuatkan saya menghormati dia (Beyonce) kerana cintanya pada bidang nyanyian,” katanya lagi.
Sebelum ini, Jay-Z pernah dilanda beberapa kontroversi apabila kantoi bersama dengan wanita lain sedangkan dia sudah beristeri.
The post Jay-Z mengaku pernah curang appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Jay-Z mengaku pernah curang
Anda sekarang membaca artikel Jay-Z mengaku pernah curang dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/jay-z-mengaku-pernah-curang.html