Judul : Iqram Dinzly kata netizen ‘pergi mati’
link : Iqram Dinzly kata netizen ‘pergi mati’
Iqram Dinzly kata netizen ‘pergi mati’
PELAKON Iqram Dinzly meminta netizen yang menyifatkan dia mempunyai penyakit mental untuk ‘pergi’ mati.
Hamburan kata-kata kesat itu dilayangkan menerusi siaran langsung di ruangan Instagramnya semalam.
“Sampaikan ada yang cakap saya sakit mental, eh pergi matilah.
“Yang sakit mental ni netizen yang tak betul (dalam) sini, hebat sangatkah kalian semua? Kalian semua sudah memang layak masuk syurgakah?” katanya.
Dalam masa sama, Iqram sempat memberi amaran terhadap mana-mana pihak yang cuba mempermainkan maruah ibunya.
“Sekiranya terjadi apa-apa terhadap bonda, saya tidak akan biarkan seorang pun yang terselamat.
“Saya pantang, jika saya lihat bonda mengeluarkan air mata, maka saya tidak akan duduk diam selagi bonda tidak tenang,” katanya lagi.
Ada beberapa gambar di Instagram termasuklah selfie bersama bapanya ketika sakit serta gambar di tanah perkuburan arwah bapanya sehingga mengundang pelbagai reaksi negatif.
Pelakon Janji Diana ini juga mengejutkan dunia hiburan apabila dilihat tampil dengan tarian berahi dan aksi lucah menerusi Insta ‘live’nya, baru-baru ini.
Iqram juga dilihat semakin kurus selain fesyen berserbannya yang mencetuskan tanda tanya.
Bapa Iqram Dinzly meninggal dunia 10 Oktober lalu kerana penyakit diabetes dan darah tinggi serta diserang angin ahmar.
Kini Iqram tinggal bersama ibunya di Ipoh Perak.
Iqram turut mencabar sesiapa yang menuduhnya kurang siuman untuk bertemu empat mata dengannya.
“Semua yang nampak saya kata saya gila, awak semua sempurna sangatkah?
“Datang jumpa depan-depan, baru tahu gila atau tak, silap hari bulan saya belanja durian pula,” katanya.
The post Iqram Dinzly kata netizen ‘pergi mati’ appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Iqram Dinzly kata netizen ‘pergi mati’
Anda sekarang membaca artikel Iqram Dinzly kata netizen ‘pergi mati’ dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/iqram-dinzly-kata-netizen-pergi-mati.html